Pengumuman LANDASAN: Jadual perjalanan dan maklumat stesen dikemas kini

Anda kini boleh merujuk jadual perjalanan, waktu tiba dan berlepas tren bagi sektor Pantai Timur. Maklumat stesen bagi kebanyakan stesen juga telah LANDASAN catatkan di page stesen masing masing.

Pada kesempatan ini LANDASAN ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada kaum Cina, terutamanya di Malaysia.

Selamat menggunakan perkhidmatan KTM Intercity!

STATUS TERKINI : 1.00 PETANG, 2 FEBRUARI 2011 GANGGUAN PERKHIDMATAN TREN KTM INTERCITY DI SEKTOR SELATAN DAN PANTAI TIMUR

– berita ini disalin daripada laman web rasmi KTMB (www.ktmb.com.my)

Merujuk kepada situasi banjir dan tanah runtuh yang berlaku di beberapa kawasan laluan perkhidmatan kereta api di sektor Selatan dan pantai Timur sejak 30 Januari 2011 yang lalu, berikut merupakan perkembangan terkini sehingga jam 1.00 petang ini (2 Februari 2011).

Perkhidmatan yang dibatalkan untuk hari ini ialah:
1. Ekspres Sinaran Selatan (No.13) Sentral Kuala Lumpur – Singapura
2. Shuttle (No. 61 & 64) Gemas – Singapura – Gemas

Perkhidmatan – perkhidmatan di bawah telah dijadualkan semula laluan perjalanannya:
1. Ekspres Rakyat (No. 1 & 2) Butterworth – Singapura – Butterworth :
     Perkhidmatan adalah dari Butterworth – Sentral Kuala Lumpur – Butterworth sahaja
2. Ekspres Sinaran Selatan (No. 12) Singapura – Sentral Kuala Lumpur :
     Perkhidmatan adalah dari Singapura ke Labis sahaja
3. Ekspres Sinaran Timur (No. 14 & 15) Singapura – Tumpat – Singapura :
     Perkhidmatan adalah dari Tumpat- Gemas – Tumpat sahaja
4. Ekspres Senandung Sutera (No. 24 & 25) Singapura – Sentral Kuala Lumpur – Singapura :
     Perkhidmatan adalah dari Singapura – Labis – Singapura sahaja.
5. Ekspres Senandung Timuran (No. 26) Singapura – Tumpat :
     Perkhidmatan adalah dari Singapura ke Labis sahaja
6. Ekspres Senandung Timuran (No. 27) Tumpat – Singapura :
Perkhidmatan adalah dari Tumpat ke Triang sahaja
8.  Shuttle (No. 91 & 92) Kuala Lipis – Singapura – Kuala Lipis :
     Perkhidmatan adalah dari Kuala Lipis – Gemas – Kuala Lipis sahaja

Perkhidmatan Ekspres Wau (Sentral Kuala Lumpur – Tumpat – Sentral Kuala Lumpur) dijangka kembali pulih mulai hari ini berdasarkan kerja-kerja pembaik pulihan landasan yang dijangka siap pada jam 8.00 malam hari ini (2 Februari 2011).

 

Kerja-kerja pembaik pulihan landasan telah mula dilaksanakan mulai kelmarin (1 Februari 2011) dan dijangka akan mengambil masa dua hari lagi untuk disiapkan bergantung kepada situasi cuaca semasa di  lokasi.

 

Bagi penumpang yang terjejas akibat pembatalan ini, mereka boleh membuat penukaran tarikh perjalanan atau menuntut pemulangan penuh tiket di kaunter tiket KTM Intercity berhampiran.

 

Pemulangan tambang penuh juga boleh dituntut di kaunter tiket sehingga tarikh hari ini walaupun perkhidmatan Ekspres Senandung Wau sahaja telah pulih hari ini. Tuntutan selepas tarikh 2 Februari 2011 boleh dibuat berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan. 

 

Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke masa.

 

KTM Berhad memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Untuk sebarang pertanyaan dan makluman lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTM Berhad di talian 1-300-88-5862.

Dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat, Keretapi Tanah Melayu Berhad
Tarikh : 2 Februari 2011

Jadual Perjalanan KTM Antarabandar – LANDASAN memberikan anda maklumat terperinci dari Padang Besar, Perlis hinggalah ke Singapura

Mencari jadual perjalanan KTM Antarabandar?

LANDASAN memudahkan pencarian anda. Kini, jadual KTM Intercity (KTM Antarabandar) bagi sektor antara Stesen Keretapi Padang Besar, Perlis hinggalah ke Stesen Keretapi Tanjung Pagar, Singapura, anda hanya perlu klik link stesen tersebut untuk mengetahui jadual perjalanan bagi setiap tren KTM Intercity.

Contohnya, jika anda merancang perjalanan dari KL Sentral ke Arau, anda boleh mengklik stesen KL Sentral untuk mengetahui tren apakah yang akan ke Arau dan pukul berapakah ia akan bertolak. Jika anda tidak pasti sama ada destinasi anda (Arau) dilalui oleh tren yang mana satu, lihatlah pula jadual perjalanan di page Stesen Keretapi Arau. Anda akan ketemu jawapannya di situ.

Teruskan setia bersama kami di LANDASAN, Gerbang Informasi Pengangkutan Malaysia.

Nota: Bagi kebanyakan stesen, anda dapat lihat ruangan ‘maklumat stesen’ untuk merujuk kepada nombor telefon atau alamat stesen. Pihak kami sedang berusaha untuk memuatkan maklumat kesemua stesen keretapi KTMB pada masa akan datang. Terima kasih atas sokongan anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai LANDASAN, anda boleh merujuk kepada page LANDASAN 101. Segala kandungan di LANDASAN tertakluk kepada terma dan syarat seperti mana yang tercatat dalam LANDASAN TNC.

Sektor pengangkutan terganggu ekoran hujan lebat di Lembah Klang

KUALA LUMPUR (15 November 2010) Hujan lebat di sekitar Lembah Klang telah menyebabkan berlakunya banjir kilat dan kesesakan teruk jalan raya di kebanyakan jalan utama sekitar kawasan Kuala Lumpur sejak dari 4 petang.

Rangkaian jalan yang mengalami kesesakan teruk termasuklah Jalan Kuching, Jalan Duta, Jalan Tun Razak, dan sebahagian daripada Lebuhraya Persekutuan, termasuklah bahagian antara Angkasapuri dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dari Petaling Jaya ke Pusat Bandar.

Manakala bagi terowong SMART pula, keadaan trafik dilaporkan berada dalam keadaan biasa dengan semua laluannya dibuka untuk pengguna.

Berikutan keadaan hujan tersebut, perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang terganggu, termasuklah RapidKL Bus dan RapidKL Rail Kelana Jaya Line.

Seorang jurucakap dari RapidKL memaklumkan bahawa petir telah menyebabkan tren RapidKL Kelana Jaya Line gagal untuk berhenti di empat buah stesen utama iaitu Kampung Baru. Keadaan ini telah mengakibatkan kesesakan di stesen-stesen tersebut.

 

Sumber: TheStar, laman Twitter RapidKL

Selamat datang ke LANDASAN

LANDASAN diwujudkan untuk menyampaikan maklumat berkaitan sektor pengangkutan di Malaysia kepada rakyat Malaysia dan juga para pelancong. Sila rujuk menu untuk melihat pautan yang berkaitan.

Perkhidmatan Pengangkutan Awam

Bas GoKLBas RapidKLBas Smart SelangorLRT Laluan Kelana JayaLRT Laluan AmpangLRT Laluan Sri PetalingKL MonorailKLIA EkspresKLIA TransitKTM ETSKTM IntercityKTM KomuterKTM Skypark Link

Maklumat penting dan panduan

Laman Panduan di LANDASAN – memaparkan segala panduan yang anda perlu tahu

KTM Intercity – Online booking (KTMB e-Ticket)

KTM Komuter 1Malaysia Discount Card

Cara Daftar Touch ‘N Go RFiD

Cara Daftar Touch ‘N Go eWallet

Cara Mendaftar Pemandu Grab

Sistem tempahan tiket online KTMB E-Ticket dinaik taraf

E-ticket is temporarily unavailable from to-date untill Sept 13, 2010 due to system upgrading. For ticket reservations, kindly contact our KTM Call Center at 1-300-88-(KTMB)5862 (local) or +603-2267 1200 (overseas) or email to [email protected] or proceed to ticketing counter for direct purchase.

Untuk pengetahuan semua, KTMB E-Ticket tidak dapat diakses sehingga 13 September 2010 kerana sistem tempahan tiket KTMB sedang dinaik taraf. Unuk tempahan tiket bolehlah hubungi KTMB di talian tol rendah KTMB – 1300 88 KTMB (1300-88-5862) atau +603 2267 1200 (sekiranya membuat panggilan dari luar negara) atau email ke [email protected]

LANDASAN mencadangkan anda agar terus ke kaunter KTMB untuk tempahan tiket. Lebih mudah dan senang.

Pengumuman LANDASAN: Jadual pelepasan dan ketibaan mengikut stesen keretapi

Pengumuman LANDASAN: Jadual pelepasan dan ketibaan mengikut stesen keretapi kini telah dikemas kini. Informasi bagi stesen-stesen keretapi di negeri:

  • Perlis
  • Kedah
  • Pulau Pinang
  • Perak

kini telah dikemas kini. Maklumat untuk stesen keretapi negeri-negeri lain akan menyusul nanti.

Pengumuman KTMB: GANGGUAN PERKHIDMATAN TREN DI STESEN KUALA LUMPUR

GANGGUAN PERKHIDMATAN TREN DI STESEN KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 16 Julai 2011 – Semua perkhidmatan tren yang melalui Stesen Kuala Lumpur akan mengalami gangguan ekoran insiden kren terbalik di platfom 4, Stesen Kuala Lumpur di kilometer 387.358 dekat sini, hari ini.

Insiden ini melibatkan kren seberat 60 tan yang sedang melakukan kerja-kerja menanggalkan iklan dan tiang ‘unipole’ oleh kontraktor yang dilantik oleh GANAD Media Sdn Bhd berhampiran platform 4, Stesen Kuala Lumpur. Kren ini gagal menstabilkan kedudukan lalu jatuh merintang ke atas bumbung dan kabel elektrifikasi di platform 4, 3 dan 2 Stesen Kuala Lumpur pada jam 12.44 pagi hari ini. Insiden ini telah menyebabkan laluan di platform 4, 3 dan 2 tidak boleh dilalui oleh tren dan hanya laluan di platform 1 yang bebas dari halangan.

Tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku. Akibat dari insiden tersebut, beberapa perkhidmatan KTM Berhad telah mengalami gangguan iaitu:

Perkhidmatan KTM Komuter : Perkhidmatan bas disediakan bermula jam 6.00 pagi bagi memindahkan penumpang dari laluan Bank Negara – Kuala Lumpur – KL Sentral dan sebaliknya untuk meneruskan perjalanan ke semua hala yang melalui Stesen Kuala Lumpur. Perkhidmatan bas akan beroperasi sehingga waktu perkhidmatan terakhir iaitu kira-kira jam 11.45 malam.

Perkhidmatan KTM Kargo dan KTM Intercity : Tren akan beroperasi menggunakan satu aliran iaitu menggunakan laluan di platform 1 sahaja dan tren akan diperlahankan apabila melalui kawasan insiden. Dijangka akan berlaku kelewatan ketibaan dan berlepas antara 30 minit hingga satu jam.

Perkhidmatan ETS                   : Perkhidmatan bagi laluan KL Sentral – Ipoh akan bermula dan tamat di Stesen Sentul manakala bagi perkhidmatan Seremban – Ipoh, perkhidmatan akan ditamatkan di Stesen KL Sentral dan pengguna akan meneruskan perjalanan dari Stesen Sentul. Pengguna ETS boleh menaiki bas yang disediakan untuk ke Stesen bank Negara dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Stesen Sentul dengan menggunakan perkhidmatan KTM Komuter. Mereka tidak perlu membeli tiket KTM Komuter dan hanya perlu menunjukkan tiket ETS untuk pengesahan.

Kerja-kerja pengalihan struktur, pembersihan dan pemasangan semula kabel-kabel yang rosak dijangka akan mengambil masa selama dua hari. Perkhidmatan dijangka kembali pulih sepenuhnya pada hari Isnin, 18 Julai 2011.

Insiden yang berlaku adalah sepenuhnya berpunca dari kesalahan pihak ketiga. Sebarang perkembangan terbaharu akan dimaklumkan dari masa ke masa.

KTM Berhad memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB  di 1-300-88-5862 atau laman sesawangwww.ktmb.com.my.

Sumber: Laman web rasmi KTMB (www.ktmb.com.my)

Pengumuman LANDASAN: Jadual pelepasan dan ketibaan mengikut stesen keretapi

Pengumuman LANDASAN: Jadual pelepasan dan ketibaan mengikut stesen keretapi kini telah dikemas kini. Informasi bagi stesen-stesen keretapi di negeri:

  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

kini telah dikemas kini. Maklumat untuk stesen keretapi negeri-negeri lain akan menyusul nanti.

Tempahan tiket KTM Intercity secara dalam talian (online) melalui e-Ticket

Berita baik untuk semua:

KTM Berhad Logo
KTM Berhad Logo

Anda kini dapat membuat tempahan tiket KTM Intercity secara dalam talian melalui laman e-Ticket KTMB yang boleh dilawati dengan menekan butang Ticket Online di laman web rasmi KTMB, www.ktmb.com.my.

Setelah sekian lama menunggu.

Laman e-Ticket boleh dilawati di sini: pautan

Kemas kini (Update) 2018: Klik sini untuk panduan terbaru tempahan tiket KTMB secara dalam talian (online).

Nota: Pautan untuk tempahan dikemas kini.