Para pengguna perkhidmatan tren KTM Berhad (KTMB) kini dapat membuat tempahan tiket perjalanan mereka dengan cara yang lebih mudah dan cepat melalui aplikasi mudah alih (mobile app) KTMB MobTicket.
KTMB MobTicket merupakan sebuah mobile app yang dibangunkan dan diselia oleh KTMB untuk kemudahan pelanggannya membuat tempahan tiket lebih awal secara atas talian (online). Mobile app ini boleh didapati dalam dua jenis sistem operasi mudah alih, iaitu Android dan juga iOS. Para pengguna boleh memuat turun (download) mobile app ini menerusi Google Play Store (bagi platform Android) dan juga iOS App Store (bagi platform iOS).
Seperti laman web KTMB, tempahan melalui KTMB MobTicket ini boleh dibuat bagi perkhidmatan-perkhidmatan tren KTM ETS dan juga KTM Intercity. Sistem tempahan tiket dalam mobile app KTMB Mobticket berfungsi seperti laman webnya juga.
Namun begitu, pembelian melalui mobile app ini lebih disukai pengguna kerana reka bentuknya yang lebih mesra peranti mudah alih (mobile-friendly). Pembelian tiket melalui aplikasi MobTicket juga melalui proses yang menyerupai pembelian tiket melalui laman web rasmi KTMB.
Pembelian tiket KTMB menggunakan Mobile App KTMB MobTicket
Sila ikuti 4 langkah mudah berikut untuk membuat pembelian tiket tren KTMB menggunakan sistem tempahan secara online menerusi KTMB MobTicket.
Sebelum Bermula: Daftar atau Log Masuk
Pengguna pertama kali: Anda perlu mendaftar bagi menggunakan aplikasi ini. Klik butang SIGN UP di bahagian bawah aplikasi untuk mendaftar dan ikuti arahan yang diberikan dalam aplikasi untuk meneruskan dengan proses pendaftaran.
Pengguna sedia ada: Bagi pengguna yang sudah mendaftar untuk penggunakan aplikasi MobTicket, anda boleh terus log masuk menggunakan nama pengguna (username) dan kata laluan (password anda). Klik butang LOGIN untuk log masuk.
Klik butang New Reservation untuk memulakan tempahan tiket baru.
Langkah 1: Terma & Syarat (Terms & Conditions)
Untuk Langkah 1, sila baca terma dan syarat yang dinyatakan bagi tujuan penggunaan aplikasi KTMB MobTicket dan tempahan tiket. Kemudiannya, klik butang I AGREE & ACCEPT untuk ke bahagian seterusnya.
Butang NEXT akan dipaparkan. Klik butang tersebut untuk ke bahagian seterusnya.
Langkah 2: Masukkan Maklumat Perjalanan (Travel Info)
Sila pilih stesen pelepasan (Origin) dan ketibaan (destination) anda serta tarikh yang diinginkan. Setelah itu, klik pada anak panah ( > ) di bahagian bawah aplikasi.
Apabila maklumat selesai diisi, klik Select Train untuk memilih perkhidmatan tren yang diinginkan.
Langkah 3: Penumpang & Pemilihan Tempat Duduk (Passenger & Seat Selection)
Pilih perkhidmatan tren yang anda inginkan. Maklumat yang dipaparkan ialah nombor tren, waktu pelepasan (departure) dan waktu ketibaan (arrival). Klik pada perkhidmatan tren yang anda inginkan.
Tekan Select Coach untuk meneruskan proses tempahan anda.
Maklumat tambang bagi perjalanan anda akan dipaparkan. Klik pada maklumat tersebut untuk maju ke proses seterusnya.
Klik butang Add Passenger (+) untuk memasukkan maklumat penumpang.
Masukkan jenis tiket yang sesuai untuk penumpang. Jika tidak pasti, sila pilih ORDINARY TICKET.
Jika anda bercadang untuk menyimpan maklumat penumpang untuk kegunaan masa hadapan, klik butang Save As Favourite Passenger.
Maklumat penumpang kemudiannya akan dipaparkan. Klik ikon kerusi untuk menetapkan tempat duduk penumpang tersebut dalam tren.
Klik Coach Label untuk memilih koc tren. Koc tren perlu dipilih terlebih dahulu sebelum anda memilih tempat duduk.
Setelah anda memilih koc tren, anda boleh memilih tempat duduk yang masih ada di dalam koc tersebut.
Ikon kerusi akan bertukar menjadi biru apabila kerusi telah dipilih.
Langkah 4: Bayaran Atas Talian (Online Payment)
Apabila anda berada di Langkah 4, anda hanya perlu melangsaikan bayaran bagi tujuan pengesahan tiket.
Klik butang CONFIRM TRAVEL ITINERARY di bahagian bawah skrin.KTMB MobTicket kemudiannya akan bertanya sama ada anda pasti maklumat yang dimasukkan adalah tepat.
Jika ya, klik butang YES. Anda akan dibawa kembali ke skrin TRAVEL ITINERARY beserta bayaran yang bakal dikenakan (ditulis dalam ruangan GRAND TOTAL).
Klik butang merah MAKE PAYMENT di bahagian bawah skrin.
Skrin aplikasi akan digelapkan dan anda akan dibawa secara automatik ke pelayar web (web browser) peranti mudah alih anda untuk tujuan pembayaran.
Sila masukkan maklumat bayaran yang dikehendaki dan ikut petunjuk yang diberikan.
Maklumat tiket akan diberikan kepada anda apabila proses bayaran selesai dan bayaran telah dibuat dan diterima oleh pihak KTMB.
Nota: Sila buat bayaran menggunakan kad kredit / debit / akaun bank pilihan anda.
Apabila bayaran selesai dibuat, anda boleh memilih untuk mencetak tiket. Sila log masuk menggunakan komputer bagi tujuan pencetakan tiket.
hai ktm,adakah setiap traksaksi limit kepada 2 tiket sahaja? saya mahu booking tiket untuk 4 orang.
Tidak ada pengumuman rasmi daripada pihak KTMB berkenaan limit tersebut. Jika saudara/i tidak boleh membeli sehingga 4 tiket, boleh beli 2 tiket untuk 2 transaksi
Assalamualaikum nk tnye,klu concession kena tulis ap? atas tu ic kan..concession?
Assalamualaikum,nak tanya lepas dh siap semua,bayar pun dah,
Nak print tiket tu macam mana ya?
Kena print kat stesen atau print guna kertas A4 biasa ??
Waalaikumussalam, kalau dah siap semua, boleh papar di skrin sahaja ketika pengesahan. Walau bagaimanapun, sekiranya saudara risau paparan tidak berfungsi dengan baik, saudara boleh mencetak tiket tersebut atas kertas biasa.
Nak tanya,tiket tu mesti di print ke boss?
Salam sejahtera,
Tidak semestinya, tapi kalau print itu lebih baik. Kalau tiada printer, boleh tunjuk sahaja tiket tersebut dalam skrin.
Hi.kalau nk beli untuk pergi balik macam mana set ye guna apps ni ?
Nak tanya. Napa apps ni x boleh nak tgok jadual perjalanan ya.. dia kata situ full atau x de jadual.. semua tarikh camtu.. x leh tgok gak
Salam Encik,
Boleh gunakan sistem KITS untuk pembelian tiket KTM Berhad.