Stesen Keretapi Woodlands (juga dikenali sebagai Woodlands Train Checkpoint – WTCP) ialah sebuah stesen keretapi yang terletak di Woodlands, Singapura. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Intercity.
Pada masa ini, stesen ini merupakan satu-satunya stesen keretapi KTM Berhad yang beroperasi di Singapura. Dua stesen lain iaitu Stesen Keretapi Bukit Timah dan Stesen Keretapi Tanjong Pagar telah ditutup.
Maklumat Imigresen Stesen Keretapi Woodlands
Jika anda datang dari JB Sentral, anda akan melalui proses imigresen Malaysia di JB Sentral dan Singapura di Woodlands Train Checkpoint.
Jika anda bertolak dari Woodlands, anda akan melalui proses imigresen Singapura dan Malaysia dari stesen ini. Tiada pemeriksaan imigresen dan kastam di JB Sentral bagi penumpang yang baru tiba dari Woodlands.
Maklumat Stesen
Stesen | Woodlands |
---|---|
Koordinat | 1.443774, 103.769615 |
Alamat | Stesen Keretapi Woodlands, Woodlands, Singapore |
No. Telefon | +603-2267 1200 |
Dibina | |
Dibuka | 1903, dibina semula pada 1998 |
Laluan | KTM Intercity |
Platform | |
Parkir | |
Akses OKU | |
Surau | |
Tandas | Unknown |
Jadual Perjalanan Tren
Klik butang di bawah untuk maklumat jadual perjalanan tren bagi stesen ini.
Maklumat perjalanan tren terbaru khas untuk anda dari rakan kami di MYJadual.
Sumber
- Jadual perjalanan tren: Laman web rasmi KTMB (www.ktmb.com.my)
- Nombor telefon dan alamat: Laman web rasmi KTMB dan YellowPages Malaysia
Cadangan Anda Dialu-alukan!
LANDASAN mengandungi ratusan halaman dan kiriman yang mengandungi maklumat untuk kegunaan anda. Pihak kami komited dalam memastikan pelawat kami hanya menerima maklumat yang tepat dan terkini. Oleh itu, jika terdapat maklumat yang tidak lengkap atau tidak tepat, sila maklumkan kami melalui laman Hubungi Kami.
Laman ini dikemas kini pada [last-modified].