Kenyataan Media KTMB: Gangguan Perkhidmatan Keretapi KTM Intercity di Pantai Timur

 

KUALA LUMPUR, 3 Disember 2019 – Pihak KTM Berhad (KTMB) telah kenyiar
*NOTIS*

1. Ekoran keadaan semasa musim tengkujuh di kawasan Pantai Timur, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan perubahan melibatkan perkhidmatan tren yang bermula dari Stesen Tumpat, Wakaf Bharu dan Pasir Mas di Kelantan.

2. Tren No. 27 dari Tumpat ke JB Sentral yang dijadualkan berlepas pada 6.50 petang ini, sebaliknya akan bermula dari Stesen Tanah Merah pada 7.49 petang.

3. Para penumpang dari Stesen Tumpat, Wakaf Bharu dan Pasir Mas diminta menaiki tren tersebut dari Stesen Tanah Merah dan digesa menggunakan perkhidmatan alternatif untuk ke stesen tersebut.

4. Perubahan tersebut berkuatkuasa sehingga notis terkini dikeluarkan KTMB.

5. Penumpang boleh membuat pertukaran tarikh, masa atau membatalkan perjalanan itu dan pemulangan harga tiket penuh akan diberikan bagi sebarang pembatalan tersebut.

6. KTMB menyeru para penumpang agar mendapatkan maklumat terkini berkaitan operasi tren-tren di Wilayah Timur dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggannya yang beroperasi 24 jam di talian 03-22671200.

7. Maklumat juga boleh didapati menerusi laman web rasmi www.ktmb.com.my atau ktmberhad (Facebook), ktmbofficial (Instagram), @ktm_berhad (Twitter)

Tamat.

Dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat KTMB pada 1 Disember 2019, 3.50 petang.

Pertanyaan media, sila hubungi:

1. Ahmad ‘Asri Khalbi 0197287642
2. Nor Mas Tita Shoffri
0193717774

Dikemas kini pada