5 Jun 2020 – Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia akan memperkenalkan pas perjalanan tanpa had terbaru, iaitu MY30 Pass RapidKL. MY30 Pass ini berfungsi seakan sama seperti MY100 sebelum ini. Namun begitu, terdapat beberapa persamaan dan perbezaan antara dua pas perjalanan berkenaan.
Persamaan dan perbezaan MY30 Pass RapidKL dengan MY100 Pass yang sedia ada:
Ciri | MY100 | MY30 Baharu |
Tempoh sah | 30 hari | 30 hari |
Harga | RM 100 | RM 30 |
Kelayakan | Warganegara Malaysia sahaja | Warganegara Malaysia sahaja |
Kegunaan (RapidKL Sahaja) | LRT Kelana Jaya / Ampang / Sri Petaling, Bas, KL Monorail, BRT | LRT Kelana Jaya / Ampang / Sri Petaling, Bas, KL Monorail, BRT |
Tempoh kuat kuasa | 15 Jun 2020 – 31 Disember 2020 | 1 Disember 2018 hingga sekarang |
Pakej ini hanya merangkumi perkhidmatan yang ditawarkan oleh RapidKL sahaja. Perkhidmatan KTM Berhad seperti KTM Komuter dan KTM ETS tidak termasuk dalam pakej MY30 Pass RapidKL ini.
Khidmat Pelanggan RapidKL
Berikut dipaparkan maklumat khidmat pelanggan (customer service) untuk syarikat ini.
Laman web: http://www.myrapid.com.my/
Alamat e-mel: [email protected]
No. telefon: +603-7885 2585
Laman Facebook (https://web.facebook.com/myrapid): Laman Facebook mereka mempunyai lebih 201,000 pengikut (Mei 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Facebook ini.
Laman Instagram (https://www.instagram.com/myrapidkl/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 48,500 pengikut dengan 3,810 kiriman (Mei 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Instagram mereka.
Laman Twitter (https://twitter.com/MYRapidKL): Laman Twitter mereka mempunyai 144,400 pengikut (Mei 2020). Pengumuman perkhidmatan dibuat melalui saluran ini.
Sumber
- Teks ucapan Perdana Menteri – Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) – Laman web rasmi Penjana
- Rapid KL My100 and My50 Unlimited Travel Passes Now Official; Activation Begins Today – Chief Chapree, Lowyat.net, 1 December 2018