Pada 8 Mac 2014, sebuah kapal terbang Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines telah membuat penerbangan dari Kuala Lumpur International Airport (KUL) menghala ke Beijing (PEK).
Penerbangan yang bernombor MH370 tersebut telah berlepas dari KUL pada pukul 12:41 AM dan dijangka tiba di Beijing pada pukul 6:30 AM. Namun begitu, pesawat tersebut gagal dikesan sejurus selepas ianya keluar dari ruang udara Malaysia beberapa jam selepas waktu penerbangan.
Seramai 239 orang berada dalam pesawat tersebut, termasuk 12 kru penerbangan dan 2 orang bayi. Tiada isyarat kecemasan dipancarkan daripada pesawat sepanjang tempoh penerbangan. Pesawat tersebut gagal dikesan sehingga hari ini.
Kronologi Penerbangan MH370
Kronologi ini tulis menggunakan tarikh dan waktu Malaysia (UTC +08:00).
7 Mac 2014
- 10:50 PM: Kapten Zaharie masuk bertugas
- 11:15 PM: First Officer Fariq Abdul Hamid masuk bertugas
8 Mac 2014
- 12:00 AM: SDU pesawat log masuk rangkaian satelit komunikasi Inmarsat
- 12:27 AM: ATC memberi kebenaran kepada pesawat untuk push back daripada gate
- 12:40:37 AM: ATC memberi laluan kepada pesawat untuk berlepas
- 12:42 AM: Pesawat berlepas daripada KUL menggunakan runway 32R
- 1:01 AM: Kapten memaklumkan bahawa pesawat telah mencapai ketinggian 35,000 kaki.
- 1:19 AM: Komunikasi suara terakhir antara KL ACC dan juga kapten pesawat. Kapten pesawat menyebut “Good night. Malaysian three seven zero”.
- 1:21:13 AM: Transponder pesawat tidak lagi berfungsi
- 2:22 AM: Radar tentera (military radar) mengesan pesawat MH370 buat kali terakhir 200 batu nautika arah barat laut dari Pulau Pinang
- 7:24 AM: Malaysia Airlines mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat MH370 telah hilang.
- 9:15 AM: Pesawat tidak memberi maklum balas terhadap handshake komunikasi satelit.