Pengumuman dari KTM Berhad:
Pelanggan yang dihormati,
Jualan tiket perkhidmatan KTM ETS dan KTM Antarabandar bagi perjalanan 12 Jun sehingga 30 Jun akan dibuka untuk jualan mulai 11 Jun 2020 (Khamis).
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan 32 perkhidmatan pada hari Isnin sehingga Khamis, manakala lapan perkhidmatan tambahan menjadikan 40 perkhidmatan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Jadual terkini boleh dirujuk di laman sesawang KTMB.
Anda dinasihatkan untuk membuat pembelian tiket menerusi https://www.ktmb.com.my atau aplikasi KTMB MobTicket.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau emel [email protected].
Sekian, terima kasih.
Dipetik dan diubahsuai daripada pengumuman dalam media sosial KTM Berhad