style="visibility: hidden !important;"
Please disable your adblock and script blockers to view this page

Senarai Lokasi Pemasangan Touch ‘N Go RFID Di Malaysia

Kebanyakan lebuh raya di Malaysia sudah menawarkan kaedah bayaran tol yang lebih cepat dan mesra pengguna, iaitu Touch ‘N Go RFID. Malah, Lebuh raya PLUS di seluruh negara juga akan menawarkan perkhidmatan Touch ‘N Go RFID di semua plaza tol di Malaysia pada tahun 2020 nanti.

Sila klik pautan ini untuk melihat senarai lokasi pemasangan atau fitment untuk pelekat Touch ‘N Go RFID.

Untuk mengetahui senarai dokumen yang perlu dibawa dan cara pendaftaran, sila klik sini: Cara Daftar Touch ‘N Go RFiD

Sebelum anda ingin memasang pelekat RFID pada kenderaan anda, anda perlu mendaftar akaun Touch ‘N Go eWallet terlebih dahulu. Untuk panduan, sila klik sini: Cara Daftar Touch ‘N Go eWallet

 

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur – KLIA (KUL)

Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (IATA: KUL, ICAO: WMKK) ialah sebuah lapangan terbang antarabangsa yang terletak di Sepang, Selangor.

Walaupun perkataan “Kuala Lumpur” wujud pada nama KLIA, kedudukannya terletak di Sepang, Selangor.

Lapangan terbang ini dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Seri Paduka Baginda Tuanku Ja’afar pada 27 Jun 1998.

 

Sejarah

Sesi pecah tanah untuk pembinaan KLIA diadakan ada 1 Jun 1993.

Pada 29 Jun 1998, khidmat kawalan trafik udara (ATC) disediakan sepenuhnya dengan migrasi pesawat Malaysia Airlines pada malam itu.

Penerbangan domestik pertama dari KLIA ialah MH1432 menuju ke Langkawi (LGK) dengan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Penerbangan tersebut berlepas pada 7:20 AM, 30 Jun 2019.

Penerbangan antarabangsa yang pertama pula ialah MH84 ke Beijing (PEK) yang berlepas pada pukul 9:00 AM.

Ketibaan domestik yang pertama ialah MH1263 dari Kuantan pada pukul 7:10 AM. Ketibaan antarabangsa yang pertama pula ialah MH188 dari Maldives pada pukul 7:30 AM.

Landasan terbang (runway) yang kedua pula dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan ketika itu pada 8 Oktober 1998.

Lihat juga

Kuala Lumpur International Airport (KUL) – Aviation.MY (Bahasa Inggeris)

Sumber

Kuala Lumpur International Airport – Wikipedia

Cara Membeli dan Mendaftar Kad Komuter Link X

Para penumpang tren KTM Komuter kini dapat menikmati penjimatan yang lebih hebat lagi apabila mendapatkan kad diskaun daripada pihak KTM Berhad (KTMB). Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan anda cara-cara untuk anda membeli dan mendaftar kad Komuter Link X.

Dengan Kad Komuter Link X, anda boleh menikmati penjimatan tambang sehingga 20% berbanding tambang nilai tunai biasa.

Kad Komuter Link X ini ialah sejenis kad nilai simpan (stored value card). Dengan menggunakan kad ini, anda boleh menambah nilai dan membuat perjalanan pada harga yang lebih menarik.

Panduan Membeli dan Mendaftar Kad Komuter Link X

Untuk membeli dan mendaftar kad Komuter Link X, anda hanya perlu membawa bersama MyKad anda dan hadir sendiri di stesen KTM Komuter bagi tujuan pendaftaran. Berikut dipaparkan langkah-langkahnya:

  1. Hadir sendiri ke kaunter tiket KTM Komuter (wakil tidak dibenarkan)
  2. Tunjukkan MyKad anda yang sah (asal) semasa proses pembelian. Sila pastikan MyKad anda boleh dibaca cipnya bagi mengelakkan sebarang kesulitan  nanti.
  3. Staf KTM Berhad di kaunter akan meneruskan proses pendaftaran.
  4. Sila bayar RM 3.00 bagi caj pengaktifan kad. Ketika ini juga, anda boleh menambah nilai pada kad tersebut.
  5. Anda akan menerima sekeping kad Komuter Link X. Kad berkenaan boleh digunakan serta-merta.

Perkara-perkara Penting Yang Wajar Anda Tahu

  • Sebolehnya, jangan sentuh masuk dan sentuh keluar di stesen yang sama.  Penalti RM 10.00 akan dikenakan sekiranya anda masuk dan keluar di stesen yang sama. Sekiranya anda tidak mahu membayar RM 10.00 itu, anda boleh memaklumkan kepada staf KTM Berhad yang bertugas di pintu masuk platform.
  • Kad Komuter Link X hanya boleh dibeli oleh warganegara Malaysia.

MYJadual: Laman web pengangkutan awam No. 1 di Malaysia.

 

Bas GoKL City Bus

Bas GoKL City Bus ialah sebuah perkhidmatan bas percuma dalam bandar raya Kuala Lumpur. Para penumpang boleh terus menaiki bas ini tanpa dikenakan sebarang tambang. Bas GoKL ini dioperasikan oleh Rapid Bus yang dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana).

Dahulunya, perkhidmatan ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), namun semenjak SPAD dibubarkan dan sebahagian besar peranannya digantikan oleh APAD, Bas GoKL City Bus ini kini dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Jadual Perjalanan GoKL City Bus

Klik pautan di bawah untuk melihat jadual perjalanan GoKL City Bus mengikut jenis-jenis laluan. Terdapat 7 laluan untuk Bas GoKL ini.

Blue Line: Hab Titiwangsa – Bukit BintangGreen Line: KLCC – Bukit BintangRed Line: HAB Titiwangsa – KL SentralPink Line: Hab LRT Universiti – PPR Seri PantaiOrange Line: Hab Titiwangsa – MINDEFPurple Line: Pasar Seni – Bukit Bintang

Laluan Biru Firus (Turqoise): HAB LRT Dato’ Keramat – Kelumpuk Bambu (Setiawangsa) – kekerapan setiap 15 minit, panjang laluan 10 kilometer

Jam Operasi

  • Isnin – Jumaat: 6.00AM – 11.00PM
  • Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: 7.00AM – 11.00PM

Kekerapan bas

  • Isnin – Jumaat – Waktu Puncak
    (7.00AM – 10.00AM & 4.00PM – 8.00PM)
    : Setiap 5 minit
  • Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: Setiap 10 minit

* Jam operasi dan kekerapan bas di atas adalah terpakai bagi semua laluan GOKL kecuali yang dinyatakan.

Bas Rapid KL

Bas Rapid KL

Khidmat Pelanggan

Berikut dipaparkan maklumat khidmat pelanggan (customer service) untuk syarikat ini. Para pengguna disarankan melawat laman web mereka bagi mengikuti perkembangan terkini melibatkan perkhidmatan Rapid KL.

Laman web: http://www.myrapid.com.my/

Alamat e-mel: [email protected]

No. telefon: +603-7885 2585, Isnin – Jumaat (7:00 AM hingga 8:30 PM), Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (8:30 AM hingga 5:30 PM)

Laman Facebook (https://web.facebook.com/myrapid): Laman Facebook mereka mempunyai lebih 201,000 pengikut (Mei 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Facebook ini.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/myrapidkl/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 48,500 pengikut dengan 3,810 kiriman (Mei 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Instagram mereka.

Laman Twitter (https://twitter.com/MYRapidKL): Laman Twitter mereka mempunyai 144,400 pengikut (Mei 2020). Pengumuman perkhidmatan dibuat melalui saluran ini.

Laman TikTok (https://www.tiktok.com/@myrapidkl): Laman TikTok mereka mempunyai sekitar 144,000 pengikut (Julai 2023). Pelbagai jenis kandungan dikongsi menerusi saluran ini.

Perkhidmatan pengangkutan awam yang dikendalikan oleh Rapid KL

https://www.myjadual.com/bas-rapidkl/

Stesen KL Monorail MR11 – Titiwangsa

Stesen KL Monorail MR11 – Titiwangsa ialah sebuah stesen KL Monorail yang terletak di Kuala Lumpur.

Stesen ini menyediakan perkhidmatan KL Monorail dan menyediakan pengangkutan awam yang lain seperti Bas RapidKL, LRT Laluan Ampang dan LRT Laluan Sri Petaling.

Jadual Perkhidmatan KL Monorail

Untuk mendapatkan maklumat berkenaan jadual perkhidmatan KL Monorail di stesen ini dan juga stesen-stesen lain, klik butang di bawah.

KL Monorail MR11 – Titiwangsa

Maklumat perkhidmatan ini dipaparkan khas dari MYJadual, laman web jadual pengangkutan awam No. 1 di Malaysia.

 

Sambungan Pengangkutan Awam di Stesen KL Monorail MR11 – Titiwangsa

Stesen ini dihubungkan dengan beberapa jenis pengangkutan awam yang lain seperti Bas RapidKL, LRT Laluan Ampang dan LRT Laluan Sri Petaling.

Bas GOKL City Bus Bas RapidKL

Sumber

  1. Jadual Perkhidmatan KL Monorail – MYJadual
  2. Jadual tambang rel RapidKL – myRapid
  3. KL Monorail – Wikipedia

Stesen KL Monorail MR10 – Chow Kit

Stesen KL Monorail MR10 – Chow Kit ialah sebuah stesen KL Monorail yang terletak di Kuala Lumpur.

Stesen ini menyediakan perkhidmatan KL Monorail.

Jadual Perkhidmatan KL Monorail

Untuk mendapatkan maklumat berkenaan jadual perkhidmatan KL Monorail di stesen ini dan juga stesen-stesen lain, klik butang di bawah.

KL Monorail MR10 – Chow Kit

Maklumat perkhidmatan ini dipaparkan khas dari MYJadual, laman web jadual pengangkutan awam No. 1 di Malaysia.

 

Sambungan Pengangkutan Awam di Stesen KL Monorail MR10 – Chow Kit

Stesen ini dihubungkan dengan pengangkutan awam yang lain seperti Bas RapidKL

Bas RapidKL

Sumber

  1. Jadual Perkhidmatan KL Monorail – MYJadual
  2. Jadual tambang rel RapidKL – myRapid
  3. KL Monorail – Wikipedia

Stesen KL Monorail MR9 – Medan Tuanku

Stesen KL Monorail MR9 – Medan Tuanku ialah sebuah stesen KL Monorail yang terletak di Kuala Lumpur.

Stesen ini menyediakan perkhidmatan KL Monorail.

Jadual Perkhidmatan KL Monorail

Untuk mendapatkan maklumat berkenaan jadual perkhidmatan KL Monorail di stesen ini dan juga stesen-stesen lain, klik butang di bawah.

KL Monorail MR9 – Medan Tuanku

Maklumat perkhidmatan ini dipaparkan khas dari MYJadual, laman web jadual pengangkutan awam No. 1 di Malaysia.

 

Sambungan Pengangkutan Awam di Stesen KL Monorail MR9 – Medan Tuanku

Stesen ini dihubungkan dengan pengangkutan awam yang lain seperti Bas RapidKL.

Bas RapidKL

Sumber

  1. Jadual Perkhidmatan KL Monorail – MYJadual
  2. Jadual tambang rel RapidKL – myRapid
  3. KL Monorail – Wikipedia

Stesen KL Monorail MR8 – Bukit Nanas

Stesen KL Monorail MR8 – Bukit Nanas ialah sebuah stesen KL Monorail yang terletak di Kuala Lumpur.

Stesen ini menyediakan perkhidmatan KL Monorail dan menyediakan sambungan ke pelbagai jenis pengangkutan awam lain seperti Bas RapidKL dan LRT Laluan Kelana Jaya.

Jadual Perkhidmatan KL Monorail

Untuk mendapatkan maklumat berkenaan jadual perkhidmatan KL Monorail di stesen ini dan juga stesen-stesen lain, klik butang di bawah.

KL Monorail MR8 – Bukit Nanas

Maklumat perkhidmatan ini dipaparkan khas dari MYJadual, laman web jadual pengangkutan awam No. 1 di Malaysia.

 

Sambungan Pengangkutan Awam di Stesen KL Monorail MR1 – KL Sentral

Stesen ini dihubungkan dengan beberapa jenis pengangkutan awam yang lain seperti Bas RapidKL dan RapidKL LRT Laluan Kelana Jaya (Kelana Jaya Line).

Bas GOKL City Bus Bas RapidKL LRT Laluan Kelana Jaya

Sumber

  1. Jadual Perkhidmatan KL Monorail – MYJadual
  2. Jadual tambang rel RapidKL – myRapid
  3. KL Monorail – Wikipedia