Pengumuman LANDASAN: Jadual pelepasan dan ketibaan mengikut stesen keretapi

Pengumuman LANDASAN: Jadual pelepasan dan ketibaan mengikut stesen keretapi kini telah dikemas kini. Informasi bagi stesen-stesen keretapi di negeri:

  • Perlis
  • Kedah
  • Pulau Pinang
  • Perak

kini telah dikemas kini. Maklumat untuk stesen keretapi negeri-negeri lain akan menyusul nanti.

Pengumuman LANDASAN: Jadual pelepasan dan ketibaan mengikut stesen keretapi

Pengumuman LANDASAN: Jadual pelepasan dan ketibaan mengikut stesen keretapi kini telah dikemas kini. Informasi bagi stesen-stesen keretapi di negeri:

  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

kini telah dikemas kini. Maklumat untuk stesen keretapi negeri-negeri lain akan menyusul nanti.

Pengumuman KTMB: GANGGUAN PERKHIDMATAN TREN DI STESEN KUALA LUMPUR

GANGGUAN PERKHIDMATAN TREN DI STESEN KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 16 Julai 2011 – Semua perkhidmatan tren yang melalui Stesen Kuala Lumpur akan mengalami gangguan ekoran insiden kren terbalik di platfom 4, Stesen Kuala Lumpur di kilometer 387.358 dekat sini, hari ini.

Insiden ini melibatkan kren seberat 60 tan yang sedang melakukan kerja-kerja menanggalkan iklan dan tiang ‘unipole’ oleh kontraktor yang dilantik oleh GANAD Media Sdn Bhd berhampiran platform 4, Stesen Kuala Lumpur. Kren ini gagal menstabilkan kedudukan lalu jatuh merintang ke atas bumbung dan kabel elektrifikasi di platform 4, 3 dan 2 Stesen Kuala Lumpur pada jam 12.44 pagi hari ini. Insiden ini telah menyebabkan laluan di platform 4, 3 dan 2 tidak boleh dilalui oleh tren dan hanya laluan di platform 1 yang bebas dari halangan.

Tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku. Akibat dari insiden tersebut, beberapa perkhidmatan KTM Berhad telah mengalami gangguan iaitu:

Perkhidmatan KTM Komuter : Perkhidmatan bas disediakan bermula jam 6.00 pagi bagi memindahkan penumpang dari laluan Bank Negara – Kuala Lumpur – KL Sentral dan sebaliknya untuk meneruskan perjalanan ke semua hala yang melalui Stesen Kuala Lumpur. Perkhidmatan bas akan beroperasi sehingga waktu perkhidmatan terakhir iaitu kira-kira jam 11.45 malam.

Perkhidmatan KTM Kargo dan KTM Intercity : Tren akan beroperasi menggunakan satu aliran iaitu menggunakan laluan di platform 1 sahaja dan tren akan diperlahankan apabila melalui kawasan insiden. Dijangka akan berlaku kelewatan ketibaan dan berlepas antara 30 minit hingga satu jam.

Perkhidmatan ETS                   : Perkhidmatan bagi laluan KL Sentral – Ipoh akan bermula dan tamat di Stesen Sentul manakala bagi perkhidmatan Seremban – Ipoh, perkhidmatan akan ditamatkan di Stesen KL Sentral dan pengguna akan meneruskan perjalanan dari Stesen Sentul. Pengguna ETS boleh menaiki bas yang disediakan untuk ke Stesen bank Negara dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Stesen Sentul dengan menggunakan perkhidmatan KTM Komuter. Mereka tidak perlu membeli tiket KTM Komuter dan hanya perlu menunjukkan tiket ETS untuk pengesahan.

Kerja-kerja pengalihan struktur, pembersihan dan pemasangan semula kabel-kabel yang rosak dijangka akan mengambil masa selama dua hari. Perkhidmatan dijangka kembali pulih sepenuhnya pada hari Isnin, 18 Julai 2011.

Insiden yang berlaku adalah sepenuhnya berpunca dari kesalahan pihak ketiga. Sebarang perkembangan terbaharu akan dimaklumkan dari masa ke masa.

KTM Berhad memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB  di 1-300-88-5862 atau laman sesawangwww.ktmb.com.my.

Sumber: Laman web rasmi KTMB (www.ktmb.com.my)

Pengumuman KTMB: Penutupan sementara Stesen Keretapi Batang Melaka

[Bahasa Inggeris]

Due to the construction of the Seremban – Gemas Electrified Double Track Project, the Batang Melaka station will be temporary closed. The closure period will begin with effect from 15th May 2012 – 30th November 2012.

Passengers who wish to board or alight at Batang Melaka station are advised to board their respective train from Tampin or Gemas and later transfer to Batang Melaka station by shuttle bus services which will be provided throughout the mentioned period.

Alternatively, passengers are advice to follow the steps below to ease their journey;

  1. From Kuala Lumpur to Batang Melaka;

  • Board Ekspres Sinaran Selatan No. 13 and alight at Tampin station, and thereafter transfer by shuttle bus to Batang Melaka station.

  1. From Batang Melaka to JB Sentral or Woodlands;

  • Hop on the shuttle bus to Gemas station and continue by Ekspres Sinaran Selatan No. 13

  1. From JB Sentral or Woodlands to Batang Melaka;

  • Board Ekspres Sinaran Selatan No. 12 and alight at Gemas station, and thereafter transfer by shuttle bus to Batang Melaka station

  1. From Batang Melaka station to KL Sentral;

  • Hop on the shuttle bus to Tampin station and continue by Ekspres Sinaran Selatan No. 12

Source: KTMB website

Pengumuman KTMB: Semakan Jadual Baru KTM Komuter / KTM Komuter Revised Schedule

NOTIS PEMBERITAHUAN 

SEMAKAN JADUAL BAHARU KTM KOMUTER

 

Para penumpang yang dihormati,

 

Bermula 18 Jun 2012, KTM Komuter akan beroperasi dengan sedikit pindaan pada waktu berlepas bagi semua laluan perkhidmatannya.  Pindaan ini dibuat bagi menyesuaikan penggunaan kedua-dua tren sediaada iaitu tren 3 gerabak dan penambahan tren baharu 6 gerabak MyKomuter yang mula diperkenalkan pada bulan Mac yang lalu.

 

Bagaimanapun KTM Komuter masih mengekalkan kekerapan sediaada iaitu setiap 15 minit pada waktu puncak di sektor antara Batu Caves – Klang dan Bangi – Sungai Buloh.  Kekerapan perkhidmatan di lain-lain sektor ialah setiap 30 minit sepanjang hari.

 

Seiring dengan perlaksanaan jadual baharu ini juga, perkhidmatan tren baharu 6 gerabak MyKomuter akan memulakan perkhidmatan dari Sungai Gadut ke Rawang dan Rawang ke Sungai Gadut.

 

Terima kasih.

 

Nota : Anda boleh rujuk kepada lampiran untuk maklumat lanjut.

 

 

Taken from KTMB Official Website

 

RapidKuantan bakal dilancarkan

[14 November 2012] RapidKuantan dijangka akan memulakan operasi pada 1 Disember nanti.

Menurut Encik Zohari Sulaiman, Pengarah Divisyen Bas, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), kebanyakan warga kerja RapidKuantan menerima maklum balas positif daripada orang ramai walaupun perkhidmatan tersebut masih lagi belum dilancarkan. Kerja-kerja pengubahsuaian pejabat dan menaik taraf depoh bas di Semambu sedang giat dijalankan.

Menurut maklumat yang dipaparkan di laman web RapidKL, untuk fasa pertama, berkuatkuasa 1 Disember ini, RapidKuantan akan menyediakan perkhidmatan untuk tiga laluan : Terminal Makmur – Kolej Komuniti Gambang; Indera Mahkota 2 –Teluk Cempedak melalui Terminal Makmur ; dan Kompleks Mahkamah – Polisas Semambu melalui Terminal Makmur dengan menggunakan 32 bas. Laluan-laluan tambahan akan dibuat menjelang pertengahan tahun depan berdasarkan kepada input daripada Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Kuantan; dengan persetujuan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

sumber: Laman web RapidKL

Gangguan perkhidmatan KTM Komuter antara stesen Putra and Kuala Lumpur

Apa yang berlaku: Gangguan perkhidmatan KTM Komuter antara stesen Putra and Kuala Lumpur.

Mengapa: Kerja penyelenggaraan landasan antara stesen yang terlibat.

Bila: Sila lihat jadual di bawah.

Untuk melancarkan perkhidmatan bagi sektor ini, bas shuttle akan disediakan bagi stesen yang terlibat. Bas shuttle tersebut menyediakan perkhidmatan antara stesen KTM Komuter Kuala Lumpur dan Sentul.

Nota: Perkhidmatan KTM Komuter bagi sektor Rawang ke Sungai Gadut tetap beroperasi seperti biasa.

NO.

TARIKH

NO.

TARIKH

22 .12.2012

9.

16.02.2013

23.12.2012

10.

17.02.2013

29.12.2012

11.

23.02. 2013

30.12.2012

12.

02.03.2013

05.01.2013

13.

03.03.2013

06.01.2013

14.

09.03. 2013

02.02.2013

15.

10.03.2013

03.02.2013

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian pusat panggilan KTMB di  1-300-8-5862.

Sumber berita: Laman web rasmi KTMB

Cuai: KTM Berhad Didenda RM 60,000

TEMERLOH, 22 Mac 2018: Akhbar The Star hari ini melaporkan bahawa KTM Berhad (KTMB) telah didenda sebanyak RM 60,000 kerana penyenggaraan yang lemah untuk rel dan kocnya. Dalam kes pertama seumpamanya terhadap KTM Berhad (KTMB), operator tren tersebut didenda oleh Mahkamah Sesyen di Temerloh, Pahang akibat kegagalannya dalam memastikan proses penyenggaraan tren dan koc berjalan dengan baik.

Seorang wakil daripada KTMB mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan di hadapan hakim Datin M. Kunasundary pada hari Khamis lepas. Syarikat berkenaan gagal untuk mematuhi Seksyen 8.1 Lesen Operator Tren KTMB sehingga menyebabkan kegeliciran tren.

Tren malang berkenaan, Senandung Wau telah tergelincir pada pukul 1:50 pagi, 8 Julai 2014 berhampiran stesen Kemayan di Pahang. Salah satu daripada 8 koc tren berkenaan mengalami kegelinciran. Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan berkenaan.

Sumber: The Star, 22 Mac 2018

Notis KTMB – Gangguan Perkhidmatan ETS

NOTIS

GANGGUAN PERKHIDMATAN TREN ETS

Ekoran masalah kerosakan signal di Stesen Segambut, tren ETS9202 laluan KL Sentral ke Padang Besar dijangka mengalami kelewatan selama 40 minit daripada jadual asal.

Pihak KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan ini.

Terima Kasih di atas kesabaran anda.

Exit mobile version