Berita baik untuk semua pengguna baru Touch ‘N Go! Anda kini boleh mendapatkan diskaun 100% untuk penggunaan tol melalui kaedah PayDirect menggunakan eWallet masing-masing.
Untuk menikmati diskaun berkenaan, pengguna haruslah mematuhi syarat-syarat yang berikut:
Promosi 100% Diskaun Tol Touch ‘N Go
Pendaftaran sepanjang tempoh promosi: 7 September 2019 hingga 31 December 2019.
Sila tambah kad Touch ‘n Go atau MyKad ke dalam aplikasi eWallet anda untuk pertama kali sepanjang tempoh kempen ini untuk menikmati 3 kali 100% rebat tol.
Pengguna yang telah tambah nilai melalui akaun eWallet masing-masing menggunakan Touch ‘N Go Reload PIN percuma semasa tempoh kempen tidak layak untuk mendapat rebat tol ini.
Touch ‘N Go eWallet ialah sebuah dompet elektronik (electronic wallet) yang diuruskan oleh TNG Digital Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Touch ‘N Go Sdn Bhd. Dalam artikel ini, kami akan memberi panduan kepada anda berkenaan cara daftar eWallet Touch ‘N Go.
Touch ‘N Go eWallet ini berupaya menambah fungsi dan kelebihan kad Touch ‘N Go sedia ada. Antara fungsi unik yang terdapat pada Touch ‘N Go eWallet ialah semakan baki kad fizikal Touch ‘N Go, bayaran bil dan tiket wayang, dan bayaran tol melalui kaedah PayDirect (tolak baki dari eWallet) dan juga RFiD (tolak baki dari eWallet menggunakan peranti RFiD yang dilekatkan dalam kereta).
e-Tunai Rakyat
Pada awal tahun 2020, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa semua rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM 100,000.00 setahun layak untuk mendapat sejumlah RM 30.00 untuk program e-Tunai rakyat.
Langkah Mendaftar Touch ‘N Go eWallet
Berikut dipaparkan langkah-langkah pendaftaran Touch ‘N Go eWallet:
Langkah 1: Isi maklumat dan daftar
Muat turun dan daftar (kemas kini 16 Januari 2020): Anda boleh mengisi maklumat dan meneruskan pendaftaran dengan memuat turun aplikasi mudah alih (mobile app) Touch ‘N Go di laman web TNG Digital. Mobile app ini terdapat dalam platform iOS (peranti Apple) dan juga Android (peranti yang dikuasakan oleh sistem operasi Android seperti Samsung, Oppo dan Vivo).
Pengesahan identiti: Anda perlu memuat naik gambar kad pengenalan anda bersama selfie bersama kad pengenalan tersebut bagi tujuan pengesahan akaun. Akaun yang disahkan (verified) akan mempunyai beberapa keistimewaan tambahan seperti had nilai pindah akaun (transfer) yang lebih tinggi dan juga pengesahan identiti.
Promosi terhad 2019 (sudah tamat): Nikmati rebat tol 100% sebanyak tiga kali dengan menggunakan pautan di atas untuk mendaftar!
Promosi terhad 2019 (Sudah tamat): Dengan mengklik pautan tersebut, anda dapat menikmati sehingga 5 kali rebat 20% bagi penggunaan fungsi PayDirect / RFiD di plaza-plaza tol terpilih.
Langkah 2: Tambah nilai (topup) akaun eWallet anda
Apabila anda selesai mendaftar akaun eWallet anda, anda boleh menambah nilai akaun eWallet anda. Anda boleh membeli soft pin di kedai-kedai terpilih atau menggunakan kad kredit/debit bagi tujuan tambah nilai. Jika anda tidak mahu menggunakan kad kredit/debit anda, anda boleh menambah nilai penggunakan perkhidmatan perbankan online seperti Maybank2u dan juga CIMB Clicks.
Langkah 3: Tambah (add) kad Touch ‘N Go anda
Klik pada menu “TNG Card” untuk memasukkan kad Touch ‘N Go anda. Dengan memasukkan kad Touch ‘N Go anda, anda dapat menikmati beberapa kelebihan istimewa seperti berikut:
PayDirect: Guna baki eWallet anda secara terus untuk bayaran tol. Jadi, baki kad Touch ‘N Go anda tidak akan ditolak apabila anda menyentuh kad anda di pembaca di plaza tol. Anda tidak lagi perlu bimbang baki dalam kad akan habis kerana PayDirect akan menolak terus baki dalam akaun eWallet anda. Anda perlu memastikan baki eWallet anda mencukupi bagi tujuan ini.
Nota: Jika baki eWallet tidak mencukupi, sistem akan menolak baki terus di dalam kad Touch ‘N Go anda.
Langkah 4: Gunakan Touch ‘N Go eWallet anda
Selesai pendaftaran, anda boleh terus menikmati rebat tol anda di lebuh raya yang menyokong fungsi PayDirect. Fungsi PayDirect ini terdapat di semua lebuh raya sistem terbuka (open system) di Lembah Klang. Rekod transaksi Touch ‘N Go anda boleh dilihat melalui app eWallet ini.
Gambar di atas menunjukkan bayaran melalui Touch ‘N Go PayDirect. Baki ditolak terus dari eWallet anda.
Untuk melakukan beberapa jenis transaksi tambahan, anda perlu mengesahkan identiti anda melalui aplikasi Touch ‘N Go eWallet. Untuk pengesahan identiti, anda perlu mengambil gambar Kad Pengenalan / Pasport anda dan kemudiannya memuat naik gambar tersebut ke dalam aplikasi.
Soalan: Ketika fungsi PayDirect Touch ‘N Go telah dilaksanakan di kesemua lebuh raya “open system” di Lembah Klang, mengapa lebuh raya PLUS masih tidak menyokong keupayaan PayDirect Touch ‘N Go?
Jawapan: Lebuh raya PLUS menggunakan sistem tertutup, juga dikenali dengan nama “closed system”. Perbezaan ketara antara “closed system” dan “open system” ialah “closed system” memerlukan pengguna lebuh raya untuk sentuh masuk (tap in) dan kemudiannya sentuh keluar (tap out) untuk keluar dari sistem lebuh raya. Contohnya seperti “tap in” di Rawang dan “tap out” di Ipoh Selatan. Oleh itu, seseorang yang “tap in” di mana-mana plaza tol “closed system” lebuh raya PLUS boleh “tap out” di Senai, Johor ataupun Juru, Pulau Pinang. Pada pendapat kami, proses menaik taraf semua plaza tol memakan masa dan belanja yang tinggi, menyebabkan pihak PLUS tidak dapat menyediakan kemudahan seumpama kebanyakan lebuh raya lain dalam tempoh masa singkat.
Satu lagi kemungkinan kenapa teknologi RFID dan PayDirect lambat tiba di lebuh raya PLUS ialah masalah persefahaman antara pihak PLUS dan Touch ‘N Go sendiri. Masalah ini menjadi kian meruncing apabila PLUS mengumumkan proses tambah nilai di lorong keluar plaza tol tidak dibenarkan bermula 5 November 2019.
Media massa melaporkan bahawa pada 18 Disember 2018, Touch ‘N Go bertindak memulakan proses menyaman PLUS Malaysia Berhad kerana pihak PLUS ingin melancarkan sistem kutipan tolnya sendiri.
12 November 2019: Akhbar The Edge Financial Daily melaporkan bahawa lebuh raya PLUS akan menambah kaedah bayaran tol yang terbaru, iaitu RFID Tag pada tahun 2020. Klik sini untuk artikel utama.
12 November 2019: Akhbar The Edge Financial Daily melaporkan bahawa lebuh raya PLUS akan menambah kaedah bayaran tol yang terbaru, iaitu RFID Tag pada tahun 2020. Dengan perubahan ini, para pengguna boleh membayar tol mereka dengan RFID Tag di semua lebuhraya PLUS pada tahun 2020 nanti.
Pelaksanaan sistem kutipan tol terbaru ini akan dilakukan oleh syarikat Joint Venture, iaitu Touch ‘N Go Sdn Bhd. CIMB memiliki kepentingan 52% dalam syarikat ini, manakala PLUS memiliki 28% dan MTD Equity Sdn Bhd sebanyak 20%.
Kaedah bayaran: Dalam kenyataan yang dikeluarkan mereka, kaedah bayaran lebih terbuka akan diperkenalkan, membolehkan para pengguna lebuh raya menghubungkan RFID Tag mereka dengan mana-mana akaun bank, kad kredit, kad debit ataupun e-Wallet Touch ‘N Go mereka.
TNG RFID akan boleh digunakan di semua lebuh raya sistem terbuka (open system) milik PLUS bermula 1 Januari 2020. Manakala pengguna boleh mula menggunakannya di semua plaza tol lebuh raya sistem tertutup PLUS bermula pada 1 April 2020. Sistem PayDirect pula akan mula digunakan di semua lebuh raya PLUS pada pertengahan tahun 2020.
Pada bulan November 2019, pihak PLUS mengumumkan bahawa khidmat tambah nilai (reload) di semua laluan keluar tol plaza PLUS tidak akan beroperasi bermula pada 5 November 2019. Keputusan ini mengakibatkan ramai pengguna jalan raya marah dan kecewa kerana proses menambah nilai di tempat-tempat lain menyukarkan mereka, terutamanya bagi yang menggunakan lebuh raya bertol setiap hari.