Ekoran masalah kerosakan signal di Stesen Segambut, tren ETS9202 laluan KL Sentral ke Padang Besar dijangka mengalami kelewatan selama 40 minit daripada jadual asal.
Pihak KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan ini.
Ekoran kejadian kabel talian elektrik terputus di Stesen Batang Benar dan mengakibatkan penggunaan satu landasan sahaja, tren KTM Komuter laluan Batu Caves – Pulau Sebang – Batu Caves dijangka mengalami kelewatan selama 30 minit.
Maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Pihak KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan ini.
Skypark Link ialah satu laluan rel antara KL Sentral dan Subang Skypark yang dikendalikan oleh KTM Berhad. Laluan rel ini ialah laluan rel kedua yang menghubungkan lapangan terbang dan rangkaian pengangkutan rel awam selepas Express Rail Link (perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit)
KTM Class 83 – Skypark Link, Mei 2018
Maklumat Laluan
Laluan sepanjang 26km ini memulakan operasinya pada 1 Mei 2018. Walaupun terdapat stesen-stesen keretapi lain sepanjang laluannya, namun tren Skypark Link tidak berhenti di stesen-stesen berkenaan. Perjalanan dari KL Sentral menuju ke Subang Skypark mengambil masa 30 minit. Berikut ialah stesen-stesen yang dilalui oleh Skypark Link:
Walaupun kemalangan di laut kedengaran agak remeh dan tidak tragis seperti kemalangan udara, dunia tidak terkecuali daripada merakamkan kemalangan-kemalangan yang memberi impak besar kepada masyarakat yang berlaku di laut.
Setelah beberapa dekad Malaysia mengalami kemalangan udara, pihak kerajaan mengambil langkah yang lebih tegas untuk menangani masalah siasatan kemalangan udara iaitu dengan menubuhkan Bahagian Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).
Pada 14 Disember 2011, BSKU ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia. BSKU merupakan sebuah bahagian dalam Kementerian Pengangkutan bagi menyiasat segala kemalangan udara yang berlaku di ruang udara Malaysia ataupun yang melibatkan pesawat Malaysia.
5 September 1942 – Kemalangan di Tanjung Datu, Bintulu: Sebuah kapal terbang yang membawa Toshinari Maeda terhempas di kawasan berhampiran Bintulu, Sarawak.
6 Jun 1976 – Kemalangan “Double Six” Sabah Air: Seramai 10 penumpang dan 1 kru kehilangan nyawa apabila sebuah pesawat Sabah Air berpusing dan terhempas sebelum mendarat di Lamngapngan Terbang Kota Kinabalu (BKI).
8 Mac 2014 – Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH 370: Sebuah pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines hilang ketika dalam perjalanan antara Kuala Lumpur International Airport (KUL) ke Beijing, China (PEK)
Touch ‘N Go ialah satu nama yang tidak asing lagi bagi kebanyakan rakyat Malaysia, sama ada untuk kegunaan LRT ataupun di pelbagai lebuh raya dalam kawasan Lembah Klang dan yang seumpamanya.
Pendaftaran Touch ‘N Go RFiD mempunyai beberapa proses. Proses yang paling penting ialah anda perlu mendaftarkan diri sebagai pengguna eWallet Touch ‘n Go.
Berikut dipaparkan langkah-langkah untuk mendaftar RFiD Touch ‘N Go:
Langkah 1: Daftar minat anda sebagai “Pilot User”
Pada masa sekarang, proses pendaftaran Touch ‘N Go RFiD masih lagi rumit kerana anda masih perlu mendaftar sebagai “pilot user” sebelum dapat mendaftar sepenuhnya sebagai pengguna RFiD.
Hal ini kerana pihak Touch ‘N Go masih lagi dalam proses menguji keberkesanan RFiD dalam kalangan pengguna.
Oleh itu, anda boleh mendaftar sebagai “Pilot User” dengan mengklik pada pautan ini (pautan sudah tiada).
Anda kemudiannya akan memasukkan nombor telefon yang anda guna untuk mendaftar Touch ‘N Go eWallet sebelum ini.
Selepas memasukkan nombor telefon, anda juga perlu menggunakan nombor PIN yang anda telah tetapkan dalam app Touch ‘N Go eWallet sebelum ini.
Langkah 3: Masukkan maklumat diri, kenderaan dan pemilik
Sila pastikan anda memasukkan maklumat yang tepat kerana penukaran maklumat boleh menjadi sukar sekiranya anda melakukan kesilapan.
Nota: Dengan mendaftar untuk menjadi pengguna Touch ‘N Go RFiD, anda juga secara automatik didaftarkan untuk menerima emel promosi dan pemasaran daripada pihak Touch ‘N Go. Untuk mengeluarkan diri anda (opt-out) daripada senarai penerima emel tersebut, anda perlu untuk melefon Customer Careline Touch ‘N Go.
Langkah 4: Daftar untuk temu janji
Apabila maklumat diri anda, kenderaan dan pemiliknya sudah diisi, anda boleh membuat temu janji di Touch ‘N Go RFiD Fitment Centre yang berdekatan. Kebanyakan Fitment Centre ini tetap dibuka pada hari Sabtu. Oleh itu, jika anda tidak sempat untuk membuat fitment pada hari bekerja, anda boleh melakukannya pada hari Sabtu.
Langkah 5: Memasang RFiD tag
Proses pemasangan pelekat RFiD tersebut tidak memakan masa yang lama. Apabila anda selesai, anda perlu menunggu sehingga SMS berikut dihantar kepada anda:
Ekoran masalah pokok tumbang di antara Stesen Serdang ke Kajang, tren Komuter laluan Pulau Sebang ke Batu Caves akan ditamatkan perkhidmatannya di Stesen Batang Benar.
Manakala tren Komuter laluan Batu Caves ke Stesen Pulau Sebang akan ditamatkan perkhidmatannya di Stesen Serdang.
Pihak KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan ini.
Maklumat lanjut sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB yang beroperasi 24 jam di talian 03-22671200.
Touch ‘N Go eWallet ialah sebuah dompet elektronik (electronic wallet) yang diuruskan oleh TNG Digital Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Touch ‘N Go Sdn Bhd. Dalam artikel ini, kami akan memberi panduan kepada anda berkenaan cara daftar eWallet Touch ‘N Go.
Touch ‘N Go eWallet ini berupaya menambah fungsi dan kelebihan kad Touch ‘N Go sedia ada. Antara fungsi unik yang terdapat pada Touch ‘N Go eWallet ialah semakan baki kad fizikal Touch ‘N Go, bayaran bil dan tiket wayang, dan bayaran tol melalui kaedah PayDirect (tolak baki dari eWallet) dan juga RFiD (tolak baki dari eWallet menggunakan peranti RFiD yang dilekatkan dalam kereta).
e-Tunai Rakyat
Pada awal tahun 2020, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa semua rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM 100,000.00 setahun layak untuk mendapat sejumlah RM 30.00 untuk program e-Tunai rakyat.
Langkah Mendaftar Touch ‘N Go eWallet
Berikut dipaparkan langkah-langkah pendaftaran Touch ‘N Go eWallet:
Langkah 1: Isi maklumat dan daftar
Muat turun dan daftar (kemas kini 16 Januari 2020): Anda boleh mengisi maklumat dan meneruskan pendaftaran dengan memuat turun aplikasi mudah alih (mobile app) Touch ‘N Go di laman web TNG Digital. Mobile app ini terdapat dalam platform iOS (peranti Apple) dan juga Android (peranti yang dikuasakan oleh sistem operasi Android seperti Samsung, Oppo dan Vivo).
Pengesahan identiti: Anda perlu memuat naik gambar kad pengenalan anda bersama selfie bersama kad pengenalan tersebut bagi tujuan pengesahan akaun. Akaun yang disahkan (verified) akan mempunyai beberapa keistimewaan tambahan seperti had nilai pindah akaun (transfer) yang lebih tinggi dan juga pengesahan identiti.
Promosi terhad 2019 (sudah tamat): Nikmati rebat tol 100% sebanyak tiga kali dengan menggunakan pautan di atas untuk mendaftar!
Promosi terhad 2019 (Sudah tamat): Dengan mengklik pautan tersebut, anda dapat menikmati sehingga 5 kali rebat 20% bagi penggunaan fungsi PayDirect / RFiD di plaza-plaza tol terpilih.
Langkah 2: Tambah nilai (topup) akaun eWallet anda
Apabila anda selesai mendaftar akaun eWallet anda, anda boleh menambah nilai akaun eWallet anda. Anda boleh membeli soft pin di kedai-kedai terpilih atau menggunakan kad kredit/debit bagi tujuan tambah nilai. Jika anda tidak mahu menggunakan kad kredit/debit anda, anda boleh menambah nilai penggunakan perkhidmatan perbankan online seperti Maybank2u dan juga CIMB Clicks.
Langkah 3: Tambah (add) kad Touch ‘N Go anda
Klik pada menu “TNG Card” untuk memasukkan kad Touch ‘N Go anda. Dengan memasukkan kad Touch ‘N Go anda, anda dapat menikmati beberapa kelebihan istimewa seperti berikut:
PayDirect: Guna baki eWallet anda secara terus untuk bayaran tol. Jadi, baki kad Touch ‘N Go anda tidak akan ditolak apabila anda menyentuh kad anda di pembaca di plaza tol. Anda tidak lagi perlu bimbang baki dalam kad akan habis kerana PayDirect akan menolak terus baki dalam akaun eWallet anda. Anda perlu memastikan baki eWallet anda mencukupi bagi tujuan ini.
Nota: Jika baki eWallet tidak mencukupi, sistem akan menolak baki terus di dalam kad Touch ‘N Go anda.
Langkah 4: Gunakan Touch ‘N Go eWallet anda
Selesai pendaftaran, anda boleh terus menikmati rebat tol anda di lebuh raya yang menyokong fungsi PayDirect. Fungsi PayDirect ini terdapat di semua lebuh raya sistem terbuka (open system) di Lembah Klang. Rekod transaksi Touch ‘N Go anda boleh dilihat melalui app eWallet ini.
Transaksi kad Touch ‘N Go menggunakan ciri PayDirect
Gambar di atas menunjukkan bayaran melalui Touch ‘N Go PayDirect. Baki ditolak terus dari eWallet anda.
Transaksi kad Touch ‘N Go menggunakan kaedah biasa tanpa penolakan baki eWallet
Untuk melakukan beberapa jenis transaksi tambahan, anda perlu mengesahkan identiti anda melalui aplikasi Touch ‘N Go eWallet. Untuk pengesahan identiti, anda perlu mengambil gambar Kad Pengenalan / Pasport anda dan kemudiannya memuat naik gambar tersebut ke dalam aplikasi.
Sejak beberapa tahun lepas, KTMB telah memperkenalkan platform bagi membeli tiket keretapi secara atas talian (online). Platform berkenaan yang dikenali sebagai KTMB e-Ticket ialah satu-satunya platform bagi pengguna untuk membeli tiket keretapi KTMB secara online. Walau bagaimanapun, sejak tahun 2017, KTMB telah memperkenalkan sistem tempahan tiket baru yang lebih mudah digunakan. Perkhidmatan sistem tempahan tiket baru ini merangkumi KTM ETS dan juga KTM Intercity.
Walaupun pembelian di kaunter masih boleh dibuat sehingga ke hari ini, kesibukan dengan rutin seharian membuatkan lebih ramai pengguna memilih untuk membeli tiket keretapi mereka secara online. Pembelian tiket secara online adalah lebih mudah kerana anda tidak perlu hadir ke kaunter. Selain daripada menjimatkan masa, anda juga tidak perlu berbelanja untuk kos pengangkutan untuk hadir sendiri ke kaunter bagi tujuan pembelian tiket.
KTM Berhad Logo
Terdapat beberapa cara bagi anda untuk membeli tiket keretapi KTMB, iaitu melalui pembelian di kaunter, laman sesawang rasmi KTMB (www.ktmb.com.my), aplikasi mudah alih (mobile app) KTMB MobTicket ataupun laman pihak ketiga, iaitu easybook.com.
Pembelian di kaunter
Pembelian di kaunter adalah pilihan yang praktikal bagi pengguna yang tidak mahu menggunakan perkhidmatan tempahan online. Tiket yang boleh dibeli di kaunter ialah tiket keretapi KTM ETS, KTM Intercity dan KTM Komuter. Selain daripada pembelian tiket keretapi di kaunter, pengguna KTM Komuter juga boleh terus menggunakan kad Touch ‘N Go mereka di pintu masuk platform.
Pembelian di laman sesawang KTMB
Bagi keretapi KTM ETS dan juga KTM Intercity (Antarabandar), tempat duduk adalah dikhaskan (assigned), jadi anda dinasihatkan untuk membeli tiket keretapi anda lebih awal sebelum tarikh sebenar perjalanan anda. Akses kepada platform tempahan tiket tersebut boleh didapati di laman web rasmi KTMB di www.ktmb.com.my.
Pembelian di Aplikasi Mudah Alih (Mobile App) KTMB MobTicket
Selain daripada menggunakan laman web KTMB untuk membuat tempahan tiket, Pengguna KTM ETS dan KTM Intercity juga boleh membuat tempahan tiket mereka secara atas talian (online) melalui mobile app KTMB MobTicket.