style="visibility: hidden !important;"
Please disable your adblock and script blockers to view this page

Grab

Grab ialah sebuah perkhidmatan ehailing yang popular di Malaysia dan juga rantau Asia Tenggara. Perkhidmatan Grab boleh didapati di negara Malaysia, Cambodia, Indonesia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Peraturan baru e-hailing 2018-2019

Pada tahun 2018, Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke mengumumkan beberapa peraturan baru yang akan dikenakan terhadap syarikat pengendali perkhidmatan ehailing dan juga pemandu-pemandu di bawah syarikat tersebut. Antara intipati peraturan tersebut ialah mewajibkan semua pemandu ehailing memiliki lesen kenderaan perkhidmatan penumpang (Passenger Service Vehicle – PSV), permit kenderaan e-hailing (E-Hailing Vehicle Permit – EVP) dan juga mewajibkan setiap kenderaan e-hailing berusia 3 tahun ke atas untuk menjalani pemeriksaan berkala di PUSPAKOM.

Syarikat-syarikat e-hailing diberi moratorium atau tempoh masa selama setahun untuk memastikan kesemua pemandu dan kenderaan e-hailing dibawah seliaan mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Program #Pakejpikulbersama

Maklumat #pakejpikulbersama dari pihak Grab ini boleh didapati di laman web Grab Regulations for Drivers.

8 Mei 2019: Akhbar The Star melaporkan bahawa pihak Grab membuat pengumuman bahawa syarikat tersebut akan membantu komuniti pemandu mereka untuk membiayai sebahagian daripada kos yang diperlukan untuk tujuan pemeriksaan kesihatan lesen PSV dan juga pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM.

28 Mei 2019: Grab mengumumkan bahawa tempoh masa untuk tuntutan bayaran pemeriksaan kesihatan PSV dan juga PUSPAKOM dilanjutkan sehingga 11 Julai 2019.

 

Hubungi Grab

Alamat:

G-02 Ground Floor, Block A,
Axis Business Campus,
No 13A &13B Jalan 225,
Section 51A, Petaling Jaya,
46100 Selangor.

Talian Perkhidmatan Pelanggan:

1300-80-6688

Notis KTMB: Gangguan Perkhidmatan KTM Komuter

NOTIS

GANGGUAN PERKHIDMATAN TREN KTM KOMUTER

Ekoran kejadian kabel talian elektrik terputus di Stesen Batang Benar dan mengakibatkan penggunaan satu landasan sahaja, tren KTM Komuter laluan Batu Caves – Pulau Sebang – Batu Caves dijangka mengalami kelewatan selama 30 minit.

Maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pihak KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan ini.

Terima kasih di atas kesabaran anda.

Sumber: Facebook KTM Berhad

Senarai Terminal dan Hentian Bas di Malaysia

Laman ini menempatkan maklumat terminal dan stesen bas yang terdapat di Malaysia.

Platform Pelepasan di Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur
Platform Pelepasan di Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur

Sekiranya anda ingin melihat maklumat jadual perjalanan bas ekspres secara terus, anda boleh melawat laman MYJadual.com. MYJadual ialah laman jadual perjalanan bagi perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia.

Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya

Hentian Duta, Kuala Lumpur

Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan

Putrajaya Sentral

Terminal Bas Kajang

Terminal Bas Shah Alam

Kedah

Terminal Bas Changlun

Terminal Bas Jitra

Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar

Perlis

Terminal Bas Kangar

Terminal Bas Kuala Perlis

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP)

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim ialah sebuah lapangan terbang yang terletak di daerah Kuala Muda, Kedah. Lapangan terbang ini masih dalam peringkat perancangan.

Pada 19 Mac 2019, akhbar Sinar Harian melaporkan bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali mengumumkan bahawa Perdana Menteri telah meluluskan projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim melibatkan kos sebanyak RM 1.6 bilion. Kos ini dibiayai oleh pelabur luar. Keputusan itu dibuat ketika Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) pada hari Isnin sebelumnya.

Pembangunan lapangan terbang antarabangsa Kulim ini akan diselia oleh syarikat khusus iaitu KXP AirportCity Holdings Sdn Bhd (Sumber: The Star).

Kontroversi

Pembinaan lapangan terbang ini menerima tentangan daripada sesetengah pihak. Antaranya ialah pihak-pihak yang berkepentingan di Pulau Pinang. Bagi mereka, infrastruktur penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sudah mencukupi.

Bagi pengguna pesawat komersil pula, mereka menyatakan bahawa Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang terletak di Alor Setar sudah memadai untuk penggunaan di bahagian utara Semenanjung Malaysia.

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (AOR)

Lapangan terbang Sultan Abdul Halim (IATA: AOR, ICAO: WMKA), juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Alor Setar ialah sebuah lapangan terbang domestik yang terletak di Alor Setar, Kedah, Malaysia.

Lapangan terbang ini terletak kira-kira 15 km (9.3 batu) daripada pusat bandar Alor Setar.

Lapangan terbang ini beroperasi menggunakan bangunan terminal yang baharu sejak 5 Mei 2006.

Lihat juga

Sultan Abdul Halim Airport (AOR) – Aviation.MY (Bahasa Inggeris)

Senarai Lapangan Terbang di Malaysia

Malaysia mempunyai rangkaian lapangan terbang domestik dan antarabangsa yang menghubungkan penduduk tempatan dan juga pelawat dari dalam dan juga luar negara.

Senarai Lapangan Terbang di Malaysia

Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur – Kuala Lumpur International Airport – KLIA (KUL)

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (SZB)

Kedah

Alor Setar: Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (AOR)

[ Dalam perancangan ] Kulim: Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP)

Langkawi: Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi / Langkawi International Airport (LGK)

Pahang

Kuantan: Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah / Sultan Haji Ahmad Shah Airport (KUA)

Sarawak

Kuching: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching / Kuching International Airport (KCH)

Miri: Lapangan Terbang Miri (MYY)

Sibu: Lapangan Terbang Sibu (SBW)

Pulau Pinang

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang / Penang International Airport (PEN)

Sabah

Lapangan Terbang Antarabangsa
Kota Kinabalu / Kota Kinabalu International Airport (BKI)

Johor

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai / Senai International Airport (JHB)

Perak

Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (IPH)

Kelantan

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KBR)

Terengganu

Lapangan Terbang Sultan Mahmud (TGG)

Skypark Link

Skypark Link ialah satu laluan rel antara KL Sentral dan Subang Skypark yang dikendalikan oleh KTM Berhad. Laluan rel ini ialah laluan rel kedua yang menghubungkan lapangan terbang dan rangkaian pengangkutan rel awam selepas Express Rail Link (perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit)

KTM Class 83 - Skypark Link, Mei 2018
KTM Class 83 – Skypark Link, Mei 2018

Maklumat Laluan

Laluan sepanjang 26km ini memulakan operasinya pada 1 Mei 2018. Walaupun terdapat stesen-stesen keretapi lain sepanjang laluannya, namun tren Skypark Link tidak berhenti di stesen-stesen berkenaan. Perjalanan dari KL Sentral menuju ke Subang Skypark mengambil masa 30 minit. Berikut ialah stesen-stesen yang dilalui oleh Skypark Link:

KL Sentral

Stesen Keretapi Subang Jaya

Stesen Keretapi Terminal Skypark

Maklumat Keretapi

Perkhidmatan Skypark Link menggunakan tren KTM Class 83 yang telah dibaik pulih (refurbished).

Stesen Keretapi Terminal Skypark

Stesen Keretapi Terminal Skypark ialah sebuah stesen keretapi yang terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB), Subang, Selangor,  Malaysia.

Stesen ini menyediakan perkhidmatan Skypark Link.

Maklumat Stesen

Stesen
Subang Jaya
Koordinat
AlamatSelangor
No. Telefon+603-2267 1200
Dibina1998 (dibina semula)
Dibuka
LaluanKTM Komuter
Platform
Parkir
Akses OKUUnknown
Surau
TandasUnknown

Jadual Perjalanan Tren

Klik butang di bawah untuk maklumat jadual perjalanan tren bagi stesen ini.

Tren Skypark Link

Maklumat perjalanan tren terbaru khas untuk anda dari rakan kami di MYJadual.

Sumber

  • Jadual perjalanan tren: Laman web rasmi KTMB (www.ktmb.com.my)
  • Nombor telefon dan alamat: Laman web rasmi KTMB dan YellowPages Malaysia