style="visibility: hidden !important;"
Please disable your adblock and script blockers to view this page

Belanjawan 2020: Intipati dan Ulasan Bagi Sektor Pengangkutan

Pada hari Jumaat, 11 Oktober 2019, Kerajaan Malaysia telah membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat. Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan anda apakah intipati yang terkandung dalam belanjawan tersebut yang melibatkan sector pengangkutan di Malaysia.

Kajian Kebolehlaksanaan

Projek Serendah – Port Klang Rail Bypass

Projek Koridor Logistik Klang: Lebuh raya logistik baharu yang akan dibangunkan khusus untuk menghubungkan Northport, Westport dan rangkaian lebuh raya yang sedia ada dengan lebih cekap.

Nota: Kedua-dua projek ini dianggarkan bernilai RM 8.3 bilion.

 

Pembaikan dan penyelenggaraan jalan raya

RM 50 juta: Pembaikan dan penyelenggaraan jalan raya ke Pelabuhan Klang.

 

Sistem Kereta Kabel Baharu

RM 100 juta: Kerajaan Persekutuan akan menyumbang kepada pembinaan system kereta kabel baaru ke Bukit Bendera kerana kereta api funicular sekarang dijangka akan mencecah dua juta penumpang setahun dan melebihi kapasiti sedia ada. Kos tambahan akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri.

 

Peruntukan-peruntukan lain

RM 450 juta: Kerajaan berhasrat menyediakan sehingga 599 bas elektrik pelbagai saiz untuk pengangkutan awam di bandar-bandar terpilih seluruh negara.

RM 146 juta: Subsidi kerajaan kepada pengusaha bas untuk sambungan last-mile di luar bandar

RM 50 juta: Menaik taraf landasan keretapi di Kawasan Gorge Line antara Stesen Halogilat ke Stesen Tenom di Sabah

RM 85 juta: Melancarkan aliran trafik kenderaan di Tambak Johor melalui pembukaan 50 kaunter tambahan untuk penunggang motosikal, penambah baikan kaunter imigresen dan lebuh raya PLUS.

 

Kenyataan yang tidak disertakan jumlah perbelanjaan

Menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh: Kerajaan bercadang untuk mempelawa cadangan kerjasama awam swasta bagi tujuan menaik taraf lapangan terbang ini termasuklah kerja memanjangkan landasan.

Projek Sistem Rapid Transit (RTS): Kerajaan berhasrat untuk meneruskan projek RTS.

 

Pengambilalihan lebuh raya

Ambil alih KESAS, LDP, SPRINT dan SMART: Jemaah Menteri telah meluluskan pengambilalihan empat lebuh raya Lembah Klang iaitu Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Sprint (SPRINT) dan Terowong SMART (SMART). Cas kesesakan akan diperkenalkan di lebuh raya yang dinyatakan.

RM 7.00: Kadar baharu tol di Jambatan Kedua Pulau Pinang (berbanding RM 8.50 kadar pada tahun 2019)

 

Program Subsidi Petrol Bersasar (PSP)

RM 2.2 bilion: Kerajaan memperuntukkan RM 2.2 bilion bagi program PSP. Secara ringkasnya, PSP memberi RM30 sebulan bagi pemilik kereta dan RM 12 sebulan bagi pemilik motosikal. Tertakluk kepada syarat-syarat tambahan.

 

Rebat Cukai Pendapatan

Levi Pelepasan ke Tanah Suci: Individu yang membayar levi pelepasan untuk tujuan ke tanah suci bagi urusan umrah dan ziarah boleh menuntut rebat cukai pendapatan sebanyak dua kali seumur hidup. Mengikut kadar levi pelepasan semasa, jumlah yang boleh dituntut ialah RM 50 (bagi kelas penerbangan ekonomi) dan RM 150 (bagi kelas penerbangan selain daripada ekonomi).

Laluan Bas GoKL Ditambah

KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2019: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan media hari ini melaporkan bahawa laluan bas GoKL sedia untuk digunakan oleh orang awam. Berikut dipaparkan berita asal dari laman web rasmi DBKL:

Majlis Pelancaran Laluan Baharu (Biru Firus) dan Sistem Aplikasi GoKL telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad Menteri Wilayah Persekutuan. Turut hadir mengiringi, Dato’ Nor Hisham A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur; Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa; Encik Muhammad Nizam Alias, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana; dan ketua-ketua jabatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Perkhidmatan bas GoKL ini adalah inisiatif kerajaan dalam menyediakan bas percuma kepada warga kota bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di bandaraya Kuala Lumpur. Berkonsepkan “first and last mile”, perkhidmatan bas GoKL adalah boleh diharap, mampu dibayar, mudah diakses, selamat dan selesa.

Terdapat enam laluan bas GoKL sedia ada iaitu Green Line (KLCC – Bukit Bintang), Purple Line (Pasar Seni – Bukit Bintang), Red Line (HAB Titiwangsa – KL Sentral), Blue Line (HAB Titiwangsa – Bukit Bintang), Orange Line (HAB Titiwangsa – MINDEF) dan Pink Line (HAB LRT Universiti – PPR Seri Pantai).

DBKL dengan kerjasama Rapid Bus Sdn. Bhd terus komited dalam menyediakan perkhidmatan awam pengangkutan percuma Bas GoKL kepada warga kota. Oleh yang demikian, penwujudan laluan baharu telah diperluas ke kawasan yang padat dengan penduduk. Laluan ke-7 telah diperkenal iaitu Laluan HAB LRT Dato’ Keramat – Kelumpuk Bambu (Setiawangsa). Kekerapan laluan ini adalah setiap 15 minit dan panjang laluan adalah sepanjang 10 kilometer.

Perkhidmatan bas percuma di laluan strategik diharapkan dapat mengurangkan beban kehidupan warga kota dan mengurangkan kesesakan lalu lintas serta merealisasikan hasrat DBKL untuk menjadi bandaraya bebas karbon.

Sumber: Laman web rasmi DBKL: http://www.dbkl.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2328:majlis-pelancaran-laluan-baharu-biru-firus-dan-sistem-aplikasi-gokl&catid=8:berita2&lang=ms&Itemid=161

Cara Mendaftar Pemandu Grab

Anda teringin untuk menjadi pemandu Grab? Anda tercari-cari panduan pendaftaran sebagai pemandu Grab tetapi tidak tahu di mana? Tidak perlu mencari lagi kerana kami ingin berkongsi dengan anda cara mendaftar pemandu Grab. Dengan panduan mudah kami ini, anda bakal menikmati penjimatan seperti berikut:

  • Jimat masa: Tidak perlu membuka pelbagai laman web untuk mengenal pasti senarai dokumen yang diperlukan kerana kami sudah menyenaraikannya untuk anda.
  • Jimat minyak kereta: Tidak perlu berulang kali pergi ke Pejabat JPJ atau Grab Driver Centre kerana panduan kami menyediakan maklumat yang anda perlukan.

Panduan mendaftar pemandu Grab, dari kami, untuk anda. Kerana kami juga pemandu Grab.

Pemeriksaan PUSPAKOM

Sekiranya kereta anda berusia tiga tahun ke atas, anda diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan PUSPAKOM untuk kereta anda.

Laman Web PUSPAKOM
Laman Web PUSPAKOM

Klik sini untuk panduan lengkap.

Persiapan kereta

Sebagai pemandu Grab, anda perlu menyediakan beberapa persiapan keselamatan untuk kereta anda. Antara yang perlu ada dalam kereta ialah:

  1. Pemadam api 1kg
  2. Segi Tiga reflektif
  3. Pelekat “e-hailing” di cermin depan dan belakang
  4. Pelekat pemeriksaan PUSPAKOM

Persiapan pemandu Grab

Untuk menjadi pemandu Grab yang efisien, kami menyarankan anda menyediakan beberapa aksesori berikut untuk keselesaan anda memandu. Aksesori yang diperlukan oleh seseorang pemandu Grab ialah:

  1. Car mount
  2. Penyuai kuasa (adapter) dari slot 12V kepada USB
  3. Kabel USB telefon anda (penggunaan aplikasi Grab menggunakan kuasa bateri dengan banyak, anda perlu sentiasa mengecas telefon pintar anda)
  4. Bluetooth Headset (untuk khidmat navigasi senyap dan tidak mengganggu penumpang anda)

Kebenaran memandu daripada pemilik

Sekiranya anda bukan pemilik kereta, anda perlu menyediakan sepucuk surat rasmi daripada pemilik kereta yang dialamatkan kepada alamat syarikat Grab. Surat tersebut perlu mengandungi:

  1. Maklumat pemilik kereta
  2. Maklumat pemandu Grab
  3. Penyataan bahawa pemilik membenarkan kenderaannya digunakan untuk tujuan pemanduan Grab

Nota: Kebenaran ini hanya perlu sekiranya pihak insurans kereta tidak menyenaraikan nama pemandu Grab sebagai “named/authorized driver”.

Kebenaran memandu daripada pihak insurans

Sekiranya insurans kereta tersebut memiliki “named drivers” atau “authorised drivers”, anda boleh memasukkan nama anda dalam “cover note” insurans berkenaan.

Cara mendaftar pemandu Grab

Anda boleh terus memuat turun aplikasi Grab Driver di platform iOS / Android ataupun hadir sendiri ke Grab Driver Centre di Axis Business Campus, Petaling Jaya, Selangor. Rujuk sini untuk panduan.

Klik pautan ini untuk mendaftar. Jika anda hadir sendiri di GDC untuk mendaftar, sila gunakan kod referal ini: 2DEEF6

Lesen PSV

Untuk memiliki lesen PSV, anda perlu melakukan perkara berikut (dan lulus dengan jayanya bagi setiap peringkat). Untuk maklumat lanjut berkenaan panduan memohon lesen PSV untuk pemandu Grab, sila klik sini.

  1. Pemeriksaan kesihatan: Boleh dibuat di mana-mana klinik panel Grab atau mana-mana klinik yang menawarkan perkhidmatan “medical checkup” untuk lesen PSV. Wajib lulus.
  2. Kelas teori PSV pemandu e-hailing: Kelas ini disediakan oleh pihak Grab dengan bayaran yang munasabah. Klik pautan di atas untuk maklumat lanjut.
  3. Peperiksaan PSV: Peperiksaan ini dijalankan oleh pihak JPJ. Selepas menghadiri kelas teori, anda akan mendapat jemputan untuk hadir dalam peperiksaan. Tempoh masa ialah sejam (60 minit) dan terdapat 60 soalan objektif untuk anda jawab. Semakan keputusan boleh dibuat melalui laman mySIKAP JPJ. Wajib lulus.
  4. Lesen PSV: Mendaftar lesen PSV di mana-mana pejabat JPJ cawangan negeri (kecuali Putrajaya). Dokumen yang diperlukan ialah: a) Laporan pemeriksaan perubatan, b) Salinan lesen memandu c) Pengesahan peperiksaan PSV d) Resit asal bayaran pemeriksaan perubatan e) Kad Pengenalan f) Lesen Memandu. Bayaran ialah RM 20.00 setahun.

Perlindungan PERKESO

Walaupun tidak ada penguatkuasaan daripada pihak Grab, setiap pemandu e-hailing wajib memiliki perlindungan PERKESO. Skim ini dikenali dengan nama Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

Kaedah bayaran: Boleh dibuat secara atas talian (online) menggunakan portal iPERKESO ataupun secara manual di kaunter mana-mana pejabat PERKESO.

Kekerapan bayaran: Caruman boleh dibuat secara bulanan atau tahunan.

Pilihan caruman adalah seperti di bawah:

Pilihan/PelanPendapatan Bulanan Pilihan Yang DiinsuranskanBayaran Caruman BulananBayaran Caruman Setahun
1RM1,050RM13.10RM157.20
2RM1,550RM19.40RM232.80
3RM2,950RM36.90RM442.80
4RM3,950RM49.40RM592.80

Sumber: Laman web PERKESO

Nota

  1. e-hailing vehicle permit (eVP): Anda tidak perlu memohon sendiri eVP kerana pihak Grab akan melakukannya untuk anda. Sebarang kos untuk eVP juga akan ditanggung oleh pihak Grab.
  2. Geran Kenderaan (RC) atau Sijil Milikan Kenderaan (VOC): Tidak ada apa-apa perubahan yang perlu dilakukan.

Diskaun Touch ‘N Go: 100% Rebat Tol dengan Touch ‘N Go eWallet

Berita baik untuk semua pengguna baru Touch ‘N Go! Anda kini boleh mendapatkan diskaun 100% untuk penggunaan tol melalui kaedah PayDirect menggunakan eWallet masing-masing.

Daftar sini untuk tol percuma (3 kali)!

Untuk menikmati diskaun berkenaan, pengguna haruslah mematuhi syarat-syarat yang berikut:

Promosi 100% Diskaun Tol Touch ‘N Go

  1. Pendaftaran sepanjang tempoh promosi:  7 September 2019 hingga 31 December 2019.
  2. Sila tambah kad Touch ‘n Go atau MyKad ke dalam aplikasi eWallet anda untuk pertama kali sepanjang tempoh kempen ini untuk menikmati 3 kali 100% rebat tol.
  3. Pengguna yang telah tambah nilai melalui akaun eWallet masing-masing menggunakan Touch ‘N Go Reload PIN percuma semasa tempoh kempen tidak layak untuk mendapat rebat tol ini.
  4. Baca terma dan syarat penuh di sini: Terms & Conditions and FAQ.
 
Daftar sini untuk tol percuma (3 kali)!

Untuk mendaftar untuk menggunakan eWallet, anda boleh merujuk panduan pendaftaran eWallet untuk mengetahui cara-cara pendaftaran dan juga mendaftar tag RFiD untuk kenderaan anda.

Untuk promosi-promosi terkini, anda boleh merujuk kepada laman Facebook Touch ‘N Go eWallet dan juga laman Facebook LANDASAN.

Sejarah Pengangkutan Awam di Malaysia

Sejarah pengangkutan di Malaysia bermula sejak dari zaman awal lagi. Kenderaan motor mula diperkenalkan sejak zaman Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1903 semasa zaman penjajahan British. Sejak dari itu, semua kenderaan motor di Malaysia diwajibkan untuk dipandu/ditunggang di sebelah kiri (left hand drive).

Sejarah Jalan Raya di Malaysia

Baca artikel utama: Sejarah Jalan Raya di Malaysia

Sistem jalan raya di Malaysia ialah jaringan jalan raya yang terdiri daripada lebuh raya, jalan raya persekutuan, jalan raya negeri, jalan perindustrian, jalan institusi dan jalan ladang.

Sejarah Pengangkutan Rel di Malaysia

Bagi pengangkutan rel pula, jaringan pengangkutan rel di Malaysia kesemuanya dimiliki oleh kerajaan dengan panjang landasan kereta api  sepanjang 1,849 kilometer. Sebahagian besar landasan kereta api ini menggunakan meter gauge manakala untuk beberapa perkhidmatan kereta api, standard gauge digunakan.

Sejarah Pengangkutan Udara di Malaysia

Pengangkutan udara di Malaysia juga mencatatkan kemajuan dalam sektornya yang tersendiri dengan wujudnya 62 lapangan terbang di seluruh Malaysia.

Untuk pengangkutan air pula, Malaysia terletak di kawasan yang strategik kerana selat Melaka merupakan antara laluan air yang popular di dunia. Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas juga termasuk antara 20 pelabuhan paling sibuk di dunia.

KTMB Memperkenalkan ETS Kelas Perniagaan (Business Class)

Pada 27 September 2019, KTM Berhad (KTMB) telah memperkenalkan perkhidmatan baru yang dinamakan ETS Business Class atau juga dikenali sebagai kelas perniagaan. ETS Business Class ini menggunakan trainset baharu yang digunakan oleh KTMB.

 

Walaupun kelihatan serupa, ETS Business Class ini mempunyai beberapa kelainan berbanding perkhidmatan KTM ETS kelas “ekonomi” yang ditawarkan sekarang ini.

Pihak KTMB juga telah memuat naik satu video berbentuk “teaser” bagi menunjukkan kepada orang ramai berkenaan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan dalam tren ETS Business Class ini.

Antara ciri menarik yang ditawarkan ialah punca bekalan kuasa 230 V bagi setiap tempat duduk, pengecas USB, skrin infotainmen, dan tempat duduk yang lebih luas dan selesa untuk perjalanan jarak jauh. Selain dari itu, susunan tempat duduknya pula ialah tiga tempat duduk sebaris, berbanding tren biasa ETS yang mempunyai tempat tempat duduk sebaris.

Tiada maklumat harga yang diketahui pada masa sekarang. Nantikan maklumat lanjut di sini

Sila layari laman web KTMB atau laman Facebook KTMB untuk maklumat lanjut.

 

Pangkalan Udara Butterworth

Pangkalan udara Butterworth ialah sebuah pangkalan udara milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terletak di Butterworth, Pulau Pinang. Pangkalan udara ini berfungsi sebagai pangkalan udara utama TUDM.

Sejarah

Pada tahun 1941, Tentera Udara Diraja British (RAF) telah membuka sebuah pangkalan pembaikan pesawat. Kemudiannya, pengkalan udara ini turut digunakan oleh Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) sebagai penempatan pesawat peninjau Brewster Buffalo.

Pada tahun 1955, RAF menyerahkan pangkalan udara Butterworth kepada RAAF. Kemudiannya, sebuah landasan terbang dengan kepanjangan 3,000 meter dibina dengan arah utara-selatan. Landasan berkenaan masih digunakan sampai sekarang.

Kegunaan

Pangkalan udara ini menempatkan Skuadron Udara TUDM seperti berikut:

3 Skuadron S-61A4A Nuri
15 Skuadron Hawk MK 108                       
15 Skuadron Hawk MK 208
18 Skuadron F/A-18D Hornet

Pangkalan udara ini juga menempatkan pasukan RAAF seperti berikut:

  • No 19 Squadron (19SQN);
  • No 92 Wing Detachment Alpha (92WG Det A);
  • 2nd/30th Training Group (Australian Army);
  • Joint Health Command (Butterworth Clinic); and
  • Australian Defence Force Investigative Service (Joint Investigation Office Butterworth).

Sumber

Pangkalan Udara Butterworth – Laman web rasmi TUDM

RMAF Base Butterworth – Official website of Royal Australian Air Force

MARA Liner

MARA Liner ialah jenama perkhidmatan bas ekspres yang disediakan oleh MARA Liner Sdn Bhd.

Bas MARA Liner - RR 6701
Bas MARA Liner – RR 6701

MARA Liner mempunyai beberapa jenis bas ekspres termasuklah jenis single decker (satu tingkat) dan double decker (dua tingkat).

Khidmat Pelanggan

  • Masalah pembelian tiket online: +603-7728 8789 
  • Untuk maklumat lanjut, sila ke pautan ini.

 

 

Alamat

Bahagian Kenderaan MARA, Tingkat 6, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur.

No Telefon Kaunter Tiket MARA Liner

List of Counter (MARA Liner)
Kuala Nerang 04 – 7866337
Alor Setar (Shahab Perdana) 04 – 7301060
Sik 04 – 4693599
Kulim 04 – 4902066
Hentian Putra 03 – 40437371
Hentian Duta 03 – 62016451
Pudu Sentral 03 – 20387024
Hential Jalan Pekeliling 03 – 40441377
Medan MARA 03 – 26979797
Johor Bharu (Larkin) 07 – 2228976
Bandar Penawar 07 – 8227313
Rompin 09 – 4145882
Chini 09 – 4566191
Muadzam Shah 09 – 4522542
Bandar Tun Razak 09 – 4457426
Sungai Koyan 09 – 3401100
Raub 09 – 3551622
Bentong 09 – 2222969
 
List of Counter (Agent)
Kuala Perlis 019 – 4170339
Kangar (Bukit Lagi) 03 – 20387024
Langkawi (Jetty Kuah) 019 – 4170339
Changlun (UUM) 04 – 9244545
Changlun (Pekan) 013 – 4432743
Jitra 04 – 9171222
Pendang 017 – 4238809
Sungai Petani 019 – 4118710
Kuala Ketil 019 – 5220111
Butterworth 04 – 3233459
Parit Buntar 05 – 7173934
Meru Raya, Ipoh 05-5263400
Terminal Bersepadu Selatan (TBS) 03 – 90512011
Desa Keramat, Kuala Lumpur 013 – 3077044
Seremban 019 – 7752507
Masjid Tanah 06 – 3853586
Alor Gajah 016 – 6479921
Melaka Sentral 012 – 2418819
Johor Bharu (Sri Putri) 07 – 5522300
Kota Tinggi 019 – 7946284
Sungai Rengit 019 – 7946284
Segamat 07 – 931 7831
Pekan 09 – 4227028
Pekan (IKM) 013 – 9212346
Kuantan 09 – 5142400
Kuantan (UMP) 019 – 9191956
Temerloh 019 – 9191956
Paka 013-9545005
Dungun 019 – 9941812
Dungun (UiTM) 013-9545005
Kuala Terengganu 013 – 9859700
Gombak (UIA) 017 – 8892009

Sumber: MARA Liner website

Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur

Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ialah sebuah terminal / stesen bas yang terletak di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

Platform Pelepasan di Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur
Platform Pelepasan di Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur

Stesen ini menyediakan perkhidmatan bas ekspres ke banyak destinasi popular di Semenanjung Malaysia.

Sambungan Pengangkutan Awam

TBS dihubungkan secara terus dengan perkhidmatan pengangkutan awam seperti berikut. Klik pada nama perkhidmatan yang berkenaan untuk maklumat perkhidmatan dan jadual perjalanan.

KLIA Transit

KTM Komuter

RapidKL LRT Sri Petaling Line

Jadual Perjalanan Bas Ekspres

Klik butang di bawah untuk pautan ke laman MYJadual.com bagi mendapatkan jadual perjalanan bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

 

Parkir di Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Parkir kereta dan juga motosikal ada disediakan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Cara Perbaharui Cukai Jalan Motosikal

Apabila cukai jalan (road tax) motosikal anda hampir tamat tempoh, anda perlu mengambil langkah untuk memperbaharuinya. Sebelum memperbaharui cukai jalan, anda perlu memperbaharui insurans/takaful motosikal anda dahulu.

Setelah proses memperbaharui insurans/takaful selesai, anda boleh meneruskan dengan proses memperbaharui cukai jalan. Proses untuk memperbaharui cukai jalan atau juga dikenali dengan istilah “renew roadtax” ini boleh dilakukan dengan beberapa cara, antaranya:

  1. Renew di Pejabat Pos: Sekiranya anda memilih untuk memperbaharui cukai jalan anda di pejabat pos, anda hanya perlu membawa Kad Pengenalan (IC) anda dan juga tahu maklumat berkenaan pemilik kenderaan tersebut dan juga kenderaan yang ingin diperbaharui cukai jalannya. Bayaran tambahan yang dikenakan ialah RM 2.00 sebagai caj upah kepada Pos Malaysia.
  2. Renew di kaunter JPJ: Sekiranya anda memilih untuk memperbaharui cukai jalan anda di kaunter JPJ, anda hanya perlu membawa Kad Pengenalan (IC) anda dan juga tahu maklumat berkenaan pemilik kenderaan tersebut dan juga kenderaan yang ingin diperbaharui cukai jalannya. Tiada bayaran tambahan yang dikenakan jika anda memperbaharui cukai jalan anda di kaunter JPJ.

Nota 1: Walaupun pihak JPJ ada menyediakan perkhidmatan layan diri di kiosk-kiosk seluruh negara, kiosk-kiosk tersebut tidak menyediakan perkhidmatan mencetak cukai jalan motosikal. Untuk tujuan itu anda masih perlu memperbaharui cukai jalan anda di cawangan JPJ berdekatan.