style="visibility: hidden !important;"
Please disable your adblock and script blockers to view this page

Jualan Tiket KTM ETS & KTM Intercity Dibuka Mulai 11 Jun 2020

Pengumuman dari KTM Berhad:

Pelanggan yang dihormati,

Jualan tiket perkhidmatan KTM ETS dan KTM Antarabandar bagi perjalanan 12 Jun sehingga 30 Jun akan dibuka untuk jualan mulai 11 Jun 2020 (Khamis).

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan 32 perkhidmatan pada hari Isnin sehingga Khamis, manakala lapan perkhidmatan tambahan menjadikan 40 perkhidmatan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Jadual terkini boleh dirujuk di laman sesawang KTMB.

Anda dinasihatkan untuk membuat pembelian tiket menerusi https://www.ktmb.com.my atau aplikasi KTMB MobTicket.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau emel [email protected].

Sekian, terima kasih.

Dipetik dan diubahsuai daripada pengumuman dalam media sosial KTM Berhad

MY30 Pass RapidKL: Apa Yang Anda Perlu Tahu

5 Jun 2020 – Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia akan memperkenalkan pas perjalanan tanpa had terbaru, iaitu MY30 Pass RapidKL. MY30 Pass ini berfungsi seakan sama seperti MY100 sebelum ini. Namun begitu, terdapat beberapa persamaan dan perbezaan antara dua pas perjalanan berkenaan.

Persamaan dan perbezaan MY30 Pass RapidKL dengan MY100 Pass yang sedia ada:

CiriMY100MY30 Baharu
Tempoh sah30 hari30 hari
HargaRM 100RM 30
KelayakanWarganegara Malaysia sahajaWarganegara Malaysia sahaja
Kegunaan (RapidKL Sahaja)LRT Kelana Jaya / Ampang / Sri Petaling, Bas, KL Monorail, BRT LRT Kelana Jaya / Ampang / Sri Petaling, Bas, KL Monorail, BRT
Tempoh kuat kuasa15 Jun 2020 – 31 Disember 20201 Disember 2018 hingga sekarang
Perbandingan antara pas perjalanan tanpa had sedia ada MY100 RapidKL dengan pas perjalanan tanpa had terbaru MY30

Pakej ini hanya merangkumi perkhidmatan yang ditawarkan oleh RapidKL sahaja. Perkhidmatan KTM Berhad seperti KTM Komuter dan KTM ETS tidak termasuk dalam pakej MY30 Pass RapidKL ini.

Khidmat Pelanggan RapidKL

Berikut dipaparkan maklumat khidmat pelanggan (customer service) untuk syarikat ini.

Laman web: http://www.myrapid.com.my/

Alamat e-mel: [email protected]

No. telefon: +603-7885 2585

Laman Facebook (https://web.facebook.com/myrapid): Laman Facebook mereka mempunyai lebih 201,000 pengikut (Mei 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Facebook ini.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/myrapidkl/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 48,500 pengikut dengan 3,810 kiriman (Mei 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Instagram mereka.

Laman Twitter (https://twitter.com/MYRapidKL): Laman Twitter mereka mempunyai 144,400 pengikut (Mei 2020). Pengumuman perkhidmatan dibuat melalui saluran ini.

Sumber

  1. Teks ucapan Perdana Menteri – Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) – Laman web rasmi Penjana
  2. Rapid KL My100 and My50 Unlimited Travel Passes Now Official; Activation Begins Today – Chief Chapree, Lowyat.net, 1 December 2018

COVID-19: Bantuan untuk Pemandu E-Hailing

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2020: Kerajaan Malaysia hari ini mengumumkan pemberian bantuan secara one-off sebanyak RM 500.00 kepada 120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM 60 juta. Bantuan untuk pemandu e-hailing ini dilihat dapat membantu mereka yang terjejas teruk akibat daripada kekurangan permintaan daripada kalangan pelanggan sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/MCO) ini.

Sebagai perbandingan, dalam pakej rangsangan ekonomi sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pemandu teksi akan menerima bayaran one-off. Bayaran sebanyak RM 600.00 ini akan dibuat mulai 1 April 2020.

Bantuan untuk Pemandu E-Hailing, Bila Boleh Dapat?

Setakat jam 8:00 malam hari ini, masih belum ada pengumuman rasmi daripada mana-mana pengendali e-hailing di Malaysia. Kami menjangkakan maklumat lanjut mungkin boleh diperoleh dalam masa seminggu ini. Kami akan mengemas kini laman web ini sekiranya terdapat maklumat baru untuk dikongsi dengan anda semua.

Kemas kini 11 April 2020: Sehingga kini, belum ada lagi maklumat lebih berkenaan bantuan untuk pemandu e-hailing ini. Yang kita tahu, bantuan ini bukanlah sebahagian daripada Bantuan prihatin nasional (BPN) atau bantuan khas untuk para pemandu teksi.

Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (KUA)

Sultan Haji Ahmad Shah Airport (IATA: KUA, ICAO: WMKD), juga dikenali dengan nama Lapangan Terbang Kuantan ialah lapangan terbang yang terletak di bandar Kuantan, Pahang, Malaysia. Lapangan terbang ini terletak hanya 15km dari pusat bandar Kuantan.

Selain daripada penerbangan komersil biasa, lapangan terbang ini juga merupakan pengkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Tempat Menarik Berhampiran

Hotel / Homestay

Baiti Homestay

Mega View Hotel

Restoran

Akob Patin House

Ana Ikan Bakar

Kula Cakes

Jadual KTM Komuter Utara 2020

Jika anda sedang mencari jadual KTM Komuter Utara bagi tahun 2020, anda berada di tempat yang tepat. KTM Komuter Utara ialah perkhidmatan tren elektrik KTM Komuter yang diperkenalkan oleh KTM Berhad untuk penduduk sektor utara dari kawasan Kamunting, Perak hinggalah Padang Besar, Perlis.

Jadual KTM Komuter Utara Mengikut Stesen Keretapi

Sila klik pada pautan stesen-stesen di bawah untuk mendapatkan jadual KTM Komuter Utara mengikut stesen. Waktu yang dipaparkan adalah waktu berlepas, tidak semestinya waktu ketibaan.

 

Stesen Keretapi Alor Setar

Stesen Keretapi Anak Bukit

Stesen Keretapi Arau

Stesen Keretapi Bagan Serai

Stesen Keretapi Bukit Ketri

Stesen Keretapi Bukit Mertajam

Stesen Keretapi Bukit Tengah

Stesen Keretapi Butterworth

Stesen Keretapi Gurun

Stesen Keretapi Kamunting

Stesen Keretapi Kobah

Stesen Keretapi Kodiang

Stesen Keretapi Nibong Tebal

Stesen Keretapi Padang Besar

Stesen Keretapi Padang Rengas

Stesen Keretapi Parit Buntar

Stesen Keretapi Simpang Ampat

Stesen Keretapi Sungai Petani

Stesen Keretapi Taiping

Stesen Keretapi Tasik Gelugor

Walaupun dalam jadual berkenaan telah dinyatakan waktunya, waktu sebenar dalam jadual perjalanan adalah tertakluk kepada pihak KTM Berhad berdasarkan beberapa faktor seperti faktor keselamatan dan keadaan operasi semasa.

Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI) PUSPAKOM: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu

Bersempena dengan musim perayaan Tahun Baru Cina 2020 ini, PUSPAKOM menawarkan perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela secara PERCUMA! Untuk mempromosi VVI ini, PUSPAKOM juga telah menerbitkan video khas di laman YouTube yang bertajuk “Temui Jodoh di VVI”.

Di manakah boleh saya mendapatkan VVI untuk kenderaan saya: Anda boleh melakukan pemeriksaan di semua cawangan PUSPAKOM kecuali Shah Alam dan juga Pasir Gudang. Anda cuma perlu hadir sendiri ke mana-mana cawangan PUSPAKOM seperti yang dinyatakan dan maklumkan bahawa anda hadir untuk urusan VVI. Klik sini untuk panduan pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM.

Apakah waktu operasi pusat pemeriksaan PUSPAKOM: Klik sini untuk mendapatkan maklumat waktu operasi pusat pemeriksaan PUSPAKOM.

[ Pengumuman KTMB ] Penyenggaraan Sistem Tiket

Pada 12 Januari 2020, pihak KTMB akan melaksanakan penyenggaraan sistem (system maintenance) untuk sistem tiketnya. Perkhidmatan yang akan terganggu ialah perkhidmatan kaunter, e-ticket dan juga MobTicket. Kenyataan dalam laman web rasminya juga tidak menyatakan apakah yang sedang dilakukan oleh KTMB untuk sistemnya.

Cara pembelian tiket tren KTMB menggunakan laman web

Cara pembelian tiket tren KTMB menggunakan aplikasi (mobile app) MobTicket

image

Waktu Operasi Baharu PUSPAKOM – Bermula 10 September 2019

PUSPAKOM (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) ialah pusat pemeriksaan yang dipertanggungjawabkan oleh JPJ untuk memeriksa kenderaan di Malaysia. Antara proses yang memerlukan pemeriksaan ialah proses jual beli kenderaan, tukar guna e-hailing dan juga pengubahsuaian (modification).

Mengikut statistik pemeriksaan kenderaan semasa dan permintaan daripada pemandu e-hailing, pihak PUSPAKOM telah melanjutkan waktu pemeriksaan seperti gambar di bawah. Berikut dipaparkan waktu operasi PUSPAKOM:

Waktu Operasi PUSPAKOM

Sila klik gambar di bawah untuk melihat waktu pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM.

Waktu Operasi PUSPAKOM (berkuat kuasa 10 September 2019)
Waktu Operasi PUSPAKOM (berkuat kuasa 10 September 2019)

Sekiranya anda berhasrat untuk hadir ke PUSPAKOM untuk membuat pemeriksaan, kami syorkan anda membaca panduan pemeriksaan PUSPAKOM terlebih dahulu untuk mengelakkan kesulitan semasa proses pemeriksaan nanti.

Kemas kini 6 Januari 2020: Kami telah menyemak di laman web rasmi PUSPAKOM dan mendapati maklumat operasi di atas masih tepat. Walau bagaimanapun, para pengguna disyorkan untuk hadir sendiri ke PUSPAKOM atau menelefon talian PUSPAKOM untuk mendapatkan pengesahan waktu operasi PUSPAKOM.

Senarai Lokasi Pemasangan Touch ‘N Go RFID Di Malaysia

Kebanyakan lebuh raya di Malaysia sudah menawarkan kaedah bayaran tol yang lebih cepat dan mesra pengguna, iaitu Touch ‘N Go RFID. Malah, Lebuh raya PLUS di seluruh negara juga akan menawarkan perkhidmatan Touch ‘N Go RFID di semua plaza tol di Malaysia pada tahun 2020 nanti.

Sila klik pautan ini untuk melihat senarai lokasi pemasangan atau fitment untuk pelekat Touch ‘N Go RFID.

Untuk mengetahui senarai dokumen yang perlu dibawa dan cara pendaftaran, sila klik sini: Cara Daftar Touch ‘N Go RFiD

Sebelum anda ingin memasang pelekat RFID pada kenderaan anda, anda perlu mendaftar akaun Touch ‘N Go eWallet terlebih dahulu. Untuk panduan, sila klik sini: Cara Daftar Touch ‘N Go eWallet

 

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur – KLIA (KUL)

Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (IATA: KUL, ICAO: WMKK) ialah sebuah lapangan terbang antarabangsa yang terletak di Sepang, Selangor.

Walaupun perkataan “Kuala Lumpur” wujud pada nama KLIA, kedudukannya terletak di Sepang, Selangor.

Lapangan terbang ini dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Seri Paduka Baginda Tuanku Ja’afar pada 27 Jun 1998.

 

Sejarah

Sesi pecah tanah untuk pembinaan KLIA diadakan ada 1 Jun 1993.

Pada 29 Jun 1998, khidmat kawalan trafik udara (ATC) disediakan sepenuhnya dengan migrasi pesawat Malaysia Airlines pada malam itu.

Penerbangan domestik pertama dari KLIA ialah MH1432 menuju ke Langkawi (LGK) dengan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Penerbangan tersebut berlepas pada 7:20 AM, 30 Jun 2019.

Penerbangan antarabangsa yang pertama pula ialah MH84 ke Beijing (PEK) yang berlepas pada pukul 9:00 AM.

Ketibaan domestik yang pertama ialah MH1263 dari Kuantan pada pukul 7:10 AM. Ketibaan antarabangsa yang pertama pula ialah MH188 dari Maldives pada pukul 7:30 AM.

Landasan terbang (runway) yang kedua pula dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan ketika itu pada 8 Oktober 1998.

Lihat juga

Kuala Lumpur International Airport (KUL) – Aviation.MY (Bahasa Inggeris)

Sumber

Kuala Lumpur International Airport – Wikipedia